Tsunami kebangkitan filem Melayu menerusi buah tangan terbaharu Syamsul Yusof maish hangat diperkatakan sehingga kini.
Setakat lima hari tayangan, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mengumpul RM18 juta sekali gus mencipta sejarah filem paling laris terjual di Malaysia mengalahkan filem-filem blokbuster Hollywood. Berasa ‘tidak keruan’ kerana masih belum berkesempatan menonton filem Mat Kilau, pelakon Azhan Rani ternyata berbangga dengan Syamsul serta seluruh tenaga kerja filem itu termasuk barisan pelakonnya. Menerusi laman Instagramnya, Azhan mengakui dia sentiasa menantikan update mengenai jumlah kutipan tiket filem terbitan Studio Kembara itu dari hari ke sehari.
“Sejak hari pertama filem Mat Kilau ini jadi fenomena, aku dah macam musim Covid dulu. “Masa era pandemik haritu, aku cuma nampak zaman gelap cinema Malaysia. Panggung tanpa cerita baharu, ada pun orang dah tak yakin tengok,” tulisnya. Pelakon berusia 46 tahun itu juga mengucapkan tahniah di atas hasil usaha keras Syamsul serta barisan produksi dalam mengangkat martabat perfileman tempatan ke satu tahap yang cukup membanggakan. “Tak terkata terharunya aku bila tengok keyakinan orang mula rancak kembali terhadap cinema kita. “Yang pernah cakap tak minat filem melayu dulu tu pun habis berangkut sekampung datang ke panggung,” tulisnya lagi. Sumber: Media Hiburan |
che-cikL replied at 1-7-2022 07:56 AM
Gitu!
Siapa yg tak cadang/belum nak tengok dah boleh anggap macam antivaksin ke camana?
ADVERTISEMENT