Perkongsian pelakon dan model Haneesya Hanee yang menghadiahkan kereta pertamanya iaitu Proton X70 buat keluarganya mengundang sebak ramai.
Masakan tidak, menurut Haneesya, 22, sebelum ini mereka sekeluarga terpaksa menggunakan kereta lama iaitu Proton Wira yang dimasuki air ketika hujan kerana bumbung bocor selain kerap rosak untuk urusan seharian. “Alhamdulillah, kereta pertama saya adalah kereta keluarga. Bukan niat untuk menunjuk cuma hendak kongsi cerita. “Wira (kereta) adalah wira kami. Banyak kenangan bersama Wira ini, pahit manis semua ada!
“Waktu panas seperti duduk di dalam sauna. Waktu hujan banjir satu kereta. Tetapi disebabkan Wira ini jugalah, saya dapat pergi kerja dan hantar adik ke sekolah,” kongsi Haneesya dalam Instagramnya.
|
ADVERTISEMENT