Hisyam Hamid menafikan dakwaan rumah tangga dengan isteri, Rosmawati Hanafi bermasalah gara-gara keakraban dengan rakan gandingan, Scha Elinnea dalam drama Kerana Aku Isteri Bidaan yang ditayangkan di TV3 baru-baru ini.
Hisyam, 37, menegaskan dia masih berpegang kepada prinsip untuk meletakkan batas kepada bidang kerjaya dan perihal peribadi. "Selama lapan tahun berkecimpung sebagai pelakon sepenuh masa, saya dan isteri, Mel tidak pernah bergaduh atau mempunyai masalah berhubung isu sebegitu kerana dia faham saya bagaimana. "Sepanjang saya menjadi pelakon, tidak pernah ada masalah sebegitu dan saya harap takkan ada masalah. Jadi tiada masalah isu 'baby' atau 'sayang' dengan orang lain.
"Isteri tahu saya bagaimana apabila membabitkan hal kerja kerana apa yang penting saya masih berpegang kepada prinsip, apa yang dibuat untuk kerja hanya untuk kerja," katanya kepada Harian Metro.
|
viva_gerl replied at 30-6-2022 03:50 PM
Something is fishy. HH dah lama tak post gambar dgn wife until 2 days ago.
ADVERTISEMENT