"Saya akan keluarkan lebih banyak bukti bagi membantu siasatan polis."
Bekas pembantu peribadi Mak Wan Latah, Amell menyangkal dakwaan bahawa video pendedahannya berhubung sikap pelakon itu dirakam oleh dirinya sendiri. Tegasnya, tidak mungkin dia meminta Mak Wan atau Halimaton Saadiah Mohd Daud berlakon sedemikian. Dia sebaliknya menjelaskan bahawa semua video berkenaan dirakam pihak lain secara curi-curi yang kemudian diserahkan kepadanya.
"Selama ini saya simpan kerana mahu menjaga nama baiknya sebagai pelakon," katanya kepada mStar. Dia yang berkata kepada portal hiburan itu menepis kenyataan pelakon itu yang menafikan tuduhan melakukan perkara syirik. Tegasnya sekali lagi, rakaman itu bukan rakaman lama ketika berlatih untuk drama Pelaris seperti didakwa Mak Wan. Mak Wan sebelum ini mendakwa video berkenaan dirakam sendiri oleh wanita itu dan bukannya dibuat secara curi-curi. "Rasanya lebih baik saya ambil pendekatan untuk berdiam diri terlebih dahulu dan biarkan pihak polis menjalankan siasatan. "Orang ramai boleh menilai sendiri menerusi video-video yang saya kongsikan sebelum ini. Saya hanya doakan yang terbaik buat kedua-dua belah pihak," katanya. Kredit video: TikTok Terdahulu, Amell yang dituduh mengambil barang kemas Mak Wan membuat laporan polis berhubung dakwaan fitnah Mak Wan terhadap dirinya. Malah, dia menambah dua laporan lain yang mendakwa namanya digunakan Mak Wan untuk meminjam duit daripada orang lain serta membuat laporan palsu. Ekoran itu, pelakon terbabit juga tampil membuat laporan bagi menafikan dakwaan berkenaan dan menuduh Amell mengalami masalah mental. Apa lagi yang Mak Wan buat agaknya ya? - CARI
|
KelisaSilver replied at 30-6-2022 12:09 PM
PA dia ni nak apa sebenarnya.... adoi... semua nak canang kat medso dah kenapa? mmg nak jatuh kan MW ...
zaraaqilah replied at 30-6-2022 12:25 PM
buat apa repot polis...repot tok kadi sudahhh..Polis pon malas nak layan....
KelisaSilver replied at 30-6-2022 12:09 PM
PA dia ni nak apa sebenarnya.... adoi... semua nak canang kat medso dah kenapa? mmg nak jatuh kan MW ...
pembacagosip replied at 30-6-2022 03:20 PM
koser kan. mak wan je pun netizen pun x nak amik pusing sgt. PA nak GLAM ke?
ADVERTISEMENT