CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Telefon Bimbit Papar Gambar, Video Bella Dianalisis

30-6-2022 08:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1060| Komen: 9

Mahkamah Sesyen semalam dimaklumkan seorang pegawai polis mengenai analisis terhadap sebuah telefon bimbit yang memaparkan video Bella serta gambar menunjukkan kesan kecederaan remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun itu.


Juruanalisis Seksyen Jenayah Komputer, Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Yip Chang Ching, 42, berkata, beliau mengambil masa lebih tiga jam untuk mengekstrak gambar dan video dalam telefon bimbit itu.


Foto: Agenda Daily

Saksi pendakwaan ke-11 itu berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Nurul Hafidzah Hassan, yang mewakili Siti Bainun Ahd Razali pada perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda itu di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.


Telefon bimbit itu dipercayai milik seorang wanita, yang juga sukarelawan rumah kebajikan tersebut yang merupakan rakan baik Siti Bainun.

Terdahulu, ketika membacakan pernyataan saksinya, Yip berkata, beliau menerima sampul surat mengandungi telefon bimbit itu daripada Sarjan Harriss Islam Uyop pada 3 Ogos 2021 untuk dianalisis dan menyimpannya dalam almari besi.

Menurut saksi itu, pegawai penyiasat memintanya mengeluarkan kesemua gambar dan video daripada telefon bimbit berkenaan.

"Pegawai penyiasat meminta saya pegunkan video bertarikh 12 Feb 2021 menunjukkan Bella berada di ruangan dapur, video bertarikh 21 Mei 2021 menunjukkan Bella berada di ruangan dapur sambil makan berdiri dan gambar bertarikh 22 Mei 2021 semasa sambutan Hari Raya yang menunjukkan kesan kecederaan di muka dan leher Bella (berbaju kurung pink).

"Sebanyak 17 gambar dan empat video telah dikeluarkan dan saya membuat salinan ke dalam DVD- PDRM sebelum diserahkan kepada Inspektor Mior Samsul Abdul Rahman," katanya.


Foto: Bernama

Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung esok. 


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 30-6-2022 10:04 AM
Meolls skrg truama tengok perempuan gundu boyak boroi serta gemuk air. Mcm takut nak kena dera gitu dgn pompuan gumuk ni.
Aafgitu
Quote kakikuDibibirmu 30-6-2022 10:05 AM
Ya Awloh, ini orang ke badak air?
Quote Carcosa 30-6-2022 10:28 AM
Anak2 sedara aku mesti love sgt dkt  si Benon ni.
Yelah, dia punya keluasan persegi, kalau main Hide n Seek, sah2 yg Seek takkan jumpa2
Quote ShyDoll 30-6-2022 10:31 AM
Chances lepas macam tinggi je gundu ni. Tergedik-gedikla para loyer dia nnti.
Quote Nnasda53 30-6-2022 10:34 AM
Elok je berjalan tanpa bergari.
Quote dua_chzy 30-6-2022 10:37 AM
Carcosa replied at 30-6-2022 02:28 AM
Anak2 sedara aku mesti love sgt dkt  si Benon ni.
Yelah, dia punya keluasan persegi, kalau main Hide ...

Aiol selalu amazed dengan badan manusia. Macam mana la manusia boleh jadi selebar itu bak kata Tun Det.
Quote Carcosa 30-6-2022 10:39 AM
dua_chzy replied at 30-6-2022 10:37 AM
Aiol selalu amazed dengan badan manusia. Macam mana la manusia boleh jadi selebar itu bak kata Tun ...

Betul chuols.
Baru tadi meols pegi brekfes dkt McD
Dtg satu brother ni, besar ya amat. Order plk brekfes set 2. Meols tgk, oh patutlah dia order byk. Sbb nak isi penuh perut dia.
Terus Meols insaf kejap. Sbb Meols pun melantok McD tadi
Quote Mary_jane 30-6-2022 11:05 AM
Bakalan lepas juga lah si Bainun ini.
Quote jari10 30-6-2022 01:37 PM
Kes2 yg bagaimana ya OKT boleh bergari ketika kes dibicara d i mahkamah?

Tak kurang2 kot ya selera makan OKT ni …?makin melebar ..n impress aku tengok. Tak terkesan kot ya mental emosi walau kes sdg dibicara?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.048971 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top