CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Setahun Melantun Atas Pelanggan Kedai Lepas Jatuh Balkoni

30-6-2022 07:54 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1956| Komen: 13

Kanak-kanak lelaki berusia setahun terjatuh dari balkoni sebuah bangunan di Turki, lapor The Sun kelmarin.

Video kejadian di bandar Amasya, utara Turki itu dirakam dengan keadaan mangsa jatuh kepala dahulu sebelum diselamatkan seorang lelaki yang berada di situ.



Foto: YouTube/NewsFlash

Mangsa dilihat melantun di atas bahagian belakang seorang pembeli yang berada di hadapan sebuah kedai sebelum jatuh ke lantai. 

Pembeli itu, Ruhi Asci ketika kejadian sedang meninjau dari luar tingkap sebuah kedai ketika mangsa, Khatira Amiri tergelincir melalui pagar balkoni dan terkena bahunya.


Ruhi yang kelihatan terkejut kemudian berpaling dan mendapati bayi itu terjatuh di atas lantai konkrit berhampiran dengannya.

Ketika dia cuba memeriksa, ibu kanak-kanak berkenaan berlari keluar dalam keadaan panik.

Kedua-duanya kemudian bergegas membawa Khatira ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan lanjut.

Media tempatan melaporkan bahawa kanak-kanak lelaki itu bermain di balkoni pangsapuri berkenaan di tingkat satu apabila dia tergelincir melalui pagar.


YouTube Turning point

Laporan mengatakan bahawa anak kecil itu kini berada dalam keadaan stabil bersama ibunya. Tidak jelas sama ada pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat kejadian itu atau sebaliknya.


Sumber: Kosmo 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 30-6-2022 09:55 AM
Ya Allah ngerinya..
Quote shernazz 30-6-2022 09:57 AM
Aduiiii
Pagarnya mcmana ek?
Seriau su ggoh la
Iols.kalau tingkat tinggi2 mmg rasa nak terjun je mcm.superman..tp.apakan daya..
Daku tak berkepak
Quote rospinki 30-6-2022 10:03 AM
shernazz replied at 30-6-2022 09:57 AM
Aduiiii
Pagarnya mcmana ek?
Seriau su ggoh la

mcm kes anak karos la berdentom jatih dari siling fibre atas dari tgkt 1..lepas tu bole dia lari balik umah dikejar oleh jiran iols. dia kata saya ok je..sebab takut kena marah snggup dia tahan skit. pastu gi ER scan segala. alhamdulillah takde apa.
Quote kakikuDibibirmu 30-6-2022 10:03 AM
Ingat Turki ingat burger benjol, inilah akibatnya kalu buku bertemu dengan ruam lampin, itupun ada hati nak interview jadi cikgu katanya!
Quote twins 30-6-2022 10:08 AM
samada balkoni rendah atau budak ni terlampau adventurous... kuat memanjat
Quote KamikuP 30-6-2022 10:13 AM
Ngeriya mujur selamat budak tu.
Quote Hizert 30-6-2022 10:20 AM
aku nk nengok bideo tu pon dah seram. fuh seb baik jatuh atas brother tu.
Quote Carcosa 30-6-2022 10:37 AM
Adoiiii. Dah mcm anak patung.
Ok ke tulang belikat dia? Sbb masa landing dkt lantai tu mcm punggung kena dulu
Quote shernazz 30-6-2022 10:45 AM
rospinki replied at 30-6-2022 10:03 AM
mcm kes anak karos la berdentom jatih dari siling fibre atas dari tgkt 1..lepas tu bole dia lari b ...

Ye ke
Alhamdulillah la takde apa..
Seriau kan..lagi2 budak2 ni..depa kata okay
Sevab takut kena.marah kan...
Quote pekanwoohoo 30-6-2022 11:26 AM
Anak aku jatuh katil pun dah rasa menyesal sangat, ni kan pulak jatuh tempat tinggi macam tu.
Quote rospinki 30-6-2022 01:50 PM
shernazz replied at 30-6-2022 10:45 AM
Ye ke
Alhamdulillah la takde apa..
Seriau kan..lagi2 budak2 ni..depa kata okay

itula dia...dia takut kena marah.lepas tu asik cakap trauma jantung mcm jatuh katanya
Quote Artemesiaa 30-6-2022 04:03 PM
Amat mengerikan kecuaian dari pihak penjaga
Quote faraway1 30-6-2022 07:28 PM
Tak berani tengok video tu

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.063310 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top