Masalah brek menjadi punca sebuah lori simen hilang kawalan sebelum terbabas merempuh dua buah rumah di Jalan Bernam 6, Taman Bernam di Tanjung Malim, pagi semalam.
Kejadian itu menyebabkan pemandu lori berusia 36 tahun mengalami kecederaan di kepala manakala penghuni dua buah rumah terselamat. Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, maklumat kemalangan itu diterima pada pukul 9.55 pagi ketika pemandu lori terbabit dalam perjalanan untuk menghantar simen. Katanya, semasa menuruni bukit di kawasan perumahan tersebut, brek lori berkenaan didapati gagal berfungsi dan menyebabkan kenderaan itu terbabas merempuh dua buah rumah.
“Pelanggaran itu menyebabkan lelaki terbabit mengalami luka di kepala dan lebam di muka. Kesemua penghuni rumah selamat dan tiada kecederaan dilaporkan. “Setakat ini, pemandu lori masih belum tampil membuat laporan polis kerana sedang menerima rawatan di Hospital Slim River,” katanya di sini hari ini. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
kakikuDibibirmu replied at 29-6-2022 11:51 PM
I shocking, I press-press my break, my break cannot eat! Why? My tire no flower! { ...
shernazz replied at 30-6-2022 11:17 AM
Hahaha.siot
Galaxy far far away
ADVERTISEMENT