Ramai yang tahu bahawa menggunakan telefon bimbit di ketika memandu adalah salah satu kesalahan besar dan perlu diambil secara serius. Baru-baru ini, ada video tular di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki bertekak dengan polis trafik dan bergelut demi mendapatkan telefon bimbitnya semula. Difahamkan, anggota berkenaan mencuba untuk menahan lelaki tersebut kerana menghalang polis bertugas dan merampas telefon bimbitnya untuk siasatan, tetapi lelaki itu menggunakan kekerasan terhadap anggota polis hingga berlaku pergelutan. Ekoran itu, lelaki tersebut ditahan polis kerana mengasari dan melakukan kekerasan jenayah ke anggota polis. - CARI |
ADVERTISEMENT