CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakam Mat Kilau Dalam Wayang, Muat Naik Di TikTok

29-6-2022 12:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1778| Komen: 4

Perbuatan segelintir penonton yang merakam tayangan filem Mat Kilau di dalam pawagam serta dikongsikan pada laman TikTok dikecam netizen.

Menerusi hantaran pada Facebook Jabatan Netizen Negara, pihak tersebut memuat naik beberapa gambar tangkap layar daripada video pengguna TikTok yang dipercayai merakam di dalam panggung wayang.

“Boleh saman RM1 juta seorang, boleh tambah pendapatan,” ujarnya pada hantaran itu.


Foto: Tiktok

Selain itu, netizen turut meninggalkan komen tidak bersetuju dengan perbuatan segelintir individu tidak bertanggungjawab itu.


“Tak berbaloi kena saman pasal klip video saja,” ujar seorang netizen.

“Lepas ini masuk panggung, suruh orang jaga kaunter ambil telefon seorang-seorang. Kalau tidak, macam inilah jadinya. Macam baru tahu telefon boleh rakam video,” kata seorang lagi netizen.

Dalam pada itu, pemerhatian di akaun TikTok tersebut tidak menjumpai rakaman video di dalam panggung wayang kerana difahamkan ia telah dipadam.

Filem epik Melayu, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang sedang ditayangkan ketika ini merupakan arahan sutradara Syamsul Yusof. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CariMalay 29-6-2022 02:45 PM
Kan dah merata orang kata tak boleh rakam dalam panggung, takkan tak perasan semua tu? Pelik betul orang macam ni.
Quote Kurex 29-6-2022 02:47 PM
Ni pun jadi isu eh????
Quote EliaNegrete 27-9-2022 09:34 PM
There are lots of people who love to make their own videos on tik tok. Though there are some people who upload their videos on other social media platforms, it's not easy for them to achieve 1 million views for their videos. Must you buy TikTok likes here in very easy ways. In this post, I would like to tell you how you can record glitter mats in your movie as well as how you can upload these videos on TikTok.
Quote Skuau 27-9-2022 10:13 PM
Aku..lebih suka tengok M.Daud Kilau bergelek.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.048234 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top