CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wajar Ke Mansuh SPM, STPM Untuk Penuhi Keinginan Ibu Bapa Yang Penting Diri Sendiri?

29-6-2022 12:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1269| Komen: 4

Prof Madya Dr Norazlina Mohd Kiram dari Universiti Putra Malaysia (UPM) menzahirkan pandangannya yang dikongsi di Facebook tentang pemansuhan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Peperiksan Malaysia (STPM).


Tegasnya, secara peribadi, dia tidak bersetuju kerana SPM dan STPM masih relevan dikekalkan, bagaimanapun penilaian perlu dilaksanakan secara menyeluruh iaitu tidak berorientasikan peperiksaan semata-mata.

Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran (KPM) perlu melakukan penambahbaikan segera terhadap sistem penilaian, pentafsiran, kurikulum dan silibus secara sistematik selari dengan perkembangan teknologi digital.


Gambar hiasan/FB UNIMAS


"Benar, keputusan SPM dan STPM bukanlah penentu kejayaan individu tetapi kita tidak boleh menafikan bahawa perlu ada satu kaedah untuk mengukur penguasaan pelajar dalam bidang akademik," ujarnya.

Dr Norazlina turut mempertikaikan keinginan ibu bapa yang mementingkan diri sendiri tidak mahu pening kepala untuk memastikan anak-anak mendapat gred A dan tidak perlu membuat perbandingan pencapaian dengan anak-anak lain. 

"Adakah perlu dibandingkan pencapaian anak sendiri dengan anak orang? Apakah pula perasaan ibu bapa jika anak-anak mereka membuat perbandingan dengan ibu bapa yang lain? Adilkah?

"Ibu bapa perlu menyedarkan anak-anak tentang tugas mereka sebagai pelajar dan kepentingan menimba ilmu. Ada amanah yang perlu digalas dengan sebaik mungkin. Sebagai pelajar, mereka perlu belajar bersungguh-sungguh, berusaha dengan gigih dan fokus semasa  menjawab peperiksaan," tambahnya.



Di hujung perkongsiannya, Dr Norazlina menekankan adalah penting bagi ibu bapa memberi motivasi dan inspirasi berterusan untuk menjadi modal insan cemerlang di dunia dan di akhirat. 

"SPM dan STPM...kekalkan!", tegasnya. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 29-6-2022 12:41 PM
ntah nye. aku pon x setuju upsr n pmr dimansuhkan.. teruskan jelaa
Quote tomiko_haza 29-6-2022 12:56 PM
parents mane yang nak exam ni dimansuhkan..btol ke ada
Quote kotakominami 29-6-2022 05:29 PM
Kalau takde exam ibarat kau anta ank g rumah pengasuh jer

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.041654 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top