Burger sememangnya merupakan salah satu menu popular yang digemari ramai tanpa mengira usia. Apabila bercakap mengenai menu ini, boleh dikatakan ramai yang bersetuju bahawa burger jalanan adalah yang terbaik kerana cara penyediaannya yang tersendiri selain kaya dengan bahan-bahan, malah harganya lebih rendah berbanding yang dijual di restoran makanan segera.
Dek kerana menjadi salah satu menu makan malam atau lewat malam (supper) yang paling popular, kita dapat menyaksikan gerai-gerai burger diibaratkan cendawan tumbuh selepas hujan sekali gus menyediakan pilihan yang pelbagai buat penggemarnya. Bagaimanapun perkongsian kisah seorang wanita mengenai pengalamannya membeli burger dari gerai jalanan baru-baru ini, menarik perhatian ramai. Bukan disebabkan keenakannya, sebaliknya harga burger yang dibeli dari gerai tepi jalan berkenaan membuatkan rata-ratanya tercengang. Menurut wanita berkenaan dalam satu posting di Facebook, dia mengunjungi sebuah gerai burger berdekatan sebuah bank di Kepong, Kuala Lumpur untuk membeli dua burger ayam special. Namun dia benar-benar terkejut sewaktu mahu membuat pembayaran apabila diberitahu penjaja berkenaan bahawa harga burger pesanannya adalah RM23. "Saya bertanya kepada penjaja itu tiga kali untuk mendapatkan kepastian, dan dia beritahu ia adalah harga untuk burger ayam special," kata wanita berkenaan. Ini bermakna harga untuk sebiji burger ayam special adalah RM11.50 di mana ia lebih mahal daripada burger yang dijual di restoran makanan segera. Wanita tersebut kemudian membuat perkongsian mengenai pengalamannya itu di Facebook. Dia turut memuat naik gambar burger ayam special yang dipesannya itu untuk dinilai oleh warga maya. Perkongsian tersebut meraih sehingga 1,200 shares selain dibanjiri hampir 1,000 komen netizen. Rata-ratanya meluahkan rasa terkejut dengan harga yang dikenakan gerai burger berkenaan. "Burger McDonald lebih murah daripada burger yang dijual mereka. "Harga tersebut terlalu tinggi dan tak berbaloi beli. Lebih baik beli burger dari tempat lain yang tak terlalu mahal. "Gerai burger tepi jalan di Taman Sri Muda, Shah Alam... Double ayam special RM4.50," demikian antara perkongsian netizen.-CARI Sumber: mStar Online
|
tri-max replied at 29-6-2022 12:47 PM
burger kambing pun ada tepi jalan tp harga mcm belas2 la
tp dia ni beli ayam je
napa mahal naw
ADVERTISEMENT