![]() Sumber: Tiktok Adelina Ainuddin
Lumrah sebagai seorang peminat, kita pasti akan teruja jika dapat bertemu dengan artis yang kita minati. Sudah pasti momen itu akan menjadi kenangan terindah yang tidak akan dilupakan. Lebih mengembirakan lagi apabila artis tersebut menegur kita seperti sudah lama berkawan dengan kita.
Sama seperti situasi dihadapi penyanyi Khai Bahar kerana terlalu teruja apabila dapat berjumpa dengan penyanyi kegemarannya iaitu Judika. Momen itu dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok dikenali sebagai Adelina Ainuddin. Menerusi posting itu, kelihatan Khair Bahar dan beberapa artis lain telah menghadiri sebuah pertunjukan kereta di Sepang. Ketika persembahan Judika berlangsung, kelihatan Khai tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya apabila melihat penyanyi kegemarannya berada di depan matanya. Lebih mengharukan, penyanyi popular dari Indonesia itu juga sempat menghulurkan mikrofon kepada Khai sehingga membuatkannya terlompat-lompat gembira dan memeluk Nabil Ahmad. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat Khai sangat terhibur melihat gelagat penyanyi itu. Ada juga yang sempat berseloroh bahawa itulah reaksi yang akan ditunjukkan apabila Khai menghulurkan mikrofon kepada mereka. - CARI ![]() Sumber: Tiktok Adelina Ainuddin |

: then lepas konsert terus Judika follow IG khai bahar..Judika pun xsangka mmg khai bahar dpn dia tu sbb dorg xsempat jumpa pun kat backstage tuk kenal2
spaniss replied at 28-6-2022 08:42 PM
The way Judika excited tunjuk and sebut nama khai pastu dia perati je khai pusing dpn nk hulur mic : ...
wtvmjls replied at 28-6-2022 09:46 PM
best sangat tengok. rugi betul melepas concert ni. kalau khai bahar sambung part yang namun harus ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
24-2-2026 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.279340 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.