Tular di laman sosial Indonesia mengenai seorang bapa menggendong anak lelakinya yang berjaya khatam menghafal al-Quran.
Tribunnews melaporkan, video itu dimuat naik di TikTok @achru97 yang memperlihatkan seorang bapa dari Jepara, Indonesia bangga dengan anaknya itu. Difahamkan, Achmad Khoirudin yang memuat naik video itu mendapatkan rakaman daripada rakannya sebelum dimuat naik di platform berkenaan. "Video itu dirakam pada 17 Jun atau 18 Jun lalu di MAN 1 Kudus. "Anak yang berjaya khatam al-Quran itu itu bernama Yasin dan mengikuti program Tahfiz al-Quran di sekolahnya.
"Selesai mengikuti program tahfiz, bapa Yasin menunjukkan rasa bangganya dengan menggendong putera yang sudah khatam hafalan al-Quran seperti di video yang tular itu. "Jujurnya, saya tersentuh ketika pertama kali melihat video itu melalui WhatsApp. "Semoga video itu menjentik hati dan memberi semangat kepada yang masih berjuang menghafal al-Quran," kata Achmad yang juga guru al-Quran. Perkongsian video berkenaan turut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya memberi maklum balas positif. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT