Lebih dua tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Indonesia yang popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang, Tegar Septian mendedahkan sudah berpisah dengan isterinya, Sarah Sheilka.
Penyanyi berusia 22 tahun itu bagaimanapun tidak berkongsi punca sebenar perceraian mereka. Tegar menerusi IG Story bagaimanapun hanya memberitahu dia berdepan terlalu banyak masalah dan sukar untuk dijelaskannya satu persatu.
"Saya ingin buat penjelasan, memang benar saya dan Sarah tidak lagi bersama. Kami sudah bercerai dan saya ingin teruskan karier saya.
"Memang banyak masalah dan terlalu panjang kalau saya ceritakan. Saya sudah terlalu penat dan saya janji perkara seperti ini tidak akan berulang kembali," katanya.
Memilih untuk memulakan hidup baharu, bekas peserta Big Stage 2022 itu turut mengakui tertekan dengan keadaan hidupnya yang sukar untuk mencari punca pendapatan menyebabkan dia badannya susut kerana memikirkan perkara itu.
"Dan kamu semua harus tahu, saya selalu ada di rumah. Jujur, saya orang yang tak tahan di rumah. Saya sampai kurus kerana terlalu banyak perlu difikirkan. Wang juga sudah nak cari, saya jadi tertekan," katanya.
Terdahulu, Tegar mendirikan rumah tangga dengan Sarah pada Mac 2020 dan mereka dilkurniakan seorang cahaya mata lelaki, Abidzar Oktaviano Putra Septian yang kini berusia dua tahun. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
dah macam-macam peluang ko dapat nyehhhh....macam-macam hal personal ko takleh handle sampai effect kerja, sampai dapat masuk ke sini buat comeback, hujung-hujung ke dalam peti ais semula...mungkin perlu duduk under management yang betul or kau sendiri kena start jadi mature, bukan takat nonek je mature, kena belajar urus financial & kerjaya dik.. (walaupun kau tak baca forum kan....)