Semangat Pahlawan! Rata-rata penonton bertanjak, berbaju melayu ketika hadir menonton wayang Mat Kilau. Di luar negara, ahli gusti profesional Ayez Shaukat Fonseka turut lengkap bertanjak membuat debut di pentas Hollywood. Terdahulu, Shaukat pernah terbabit dalam telefilem Budak Lorong serta berlakon filem Juvana 2 dan Juvana 3 dan menjadi watak utama dalam filem Gila Gusti kini impian Ayez Shaukat Fonseka untuk menyerlahkan bakatnya di Amerika Syarikat menjadi kenyataan.
Selepas 7 tahun menjadi ahli gusti professional, Shaukat dilamar memegang watak hero untuk muncul dalam enam episod rancangan Reality Of Wrestling oleh sebuah syarikat produksi Hollywood. Rancangan itu disiarkan di saluran The CW. Dalam siri itu, Ayez tampil dengan memakai tanjak dan jaket songket hasil tangan Paul Carling - pereka pakaian dari Sarawak yang banyak menghasilkan busana pertandingan Ratu Cantik di Borneo bagi mengetengahkan identiti Malaysia. Menurut Ayez, tawaran ini telah diterima sejak dua tahun lalu namun ia terpaksa ditangguhkan kerana gagal mendapatkan kelulusan visa disebabkan pandemik Covid-19.
Perbelanjaan Ayez ditanggung sepenuhnya oleh syarikat produksi ahli gusti terkenal, Booker T dan dia juga turut mendapat tajaan dua syarikat tempatan, Cineplus Asia dan XO Ice Cream. Bercerita lanjut keberadaannya di sana sepanjang dua minggu penggambaran, Ayez berasa terharu dengan layan baik semua pihak termasuk penerimaan positif penonton terhadapnya. Lebih manis, mereka mahu membantu mengembangkan kariernya di sana dengan mengusulkan nama Ayez untuk berlakon dalam siri lain. Pada debut tersebut, Shaukat telah berjaya memenangi perlawanan menentang menentang Jonathan J Vega. Menurut pengulas, Shaukat mempunyai auranya yang tersendiri apabila berada di dalam gelanggang. Rata-rata peminat dan rakan selebriti tempatan turut berbangga dengan pencapaian Shaukat itu. Syabas anak muda! -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|