CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Stesen Minyak Tolak Kerja Sama Bila Usahawan Kosmetik Nak Bagi Petrol Percuma

28-6-2022 02:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3743| Komen: 28

Di kala rakyat berperang dengan isu kenaikan harga barang, ada pula usahawan kosmetik sanggup mengeluarkan wang untuk memberi bahan api kepada golongan yang menunggang motosikal secara percuma.


Seorang Individu dikenali sebagai Suzieyana menyumbangkan bahan api percuma kepada penunggang motosikal di BHP Jalan Genting Klang Setapak, minggu lepas.



“Bila ada rezeki lebih, saya rasa ingin berkongsi dengan orang sekeliling, saya mahukan mereka gembira. Lebih-lebih lagi sekarang ini semua harga barang naik termasuklah bahan api untuk kenderaan.

"Jadi, secara tidak langsung saya tergerak hati mahu berkongsi dengan orang sekeliling," kata pemilik syarikat Lovaa Cosmetics itu.


Bagaimanapun, pihaknya berdepan beberapa cabaran semasa menjalankan program tersebut . 

“Sebelum memulakan program tersebut, ada beberapa stesen minyak menolak dan enggan beri kerjasama kepada kami.

"Akhirnya, stesen minyak di BHP Jalan Genting Klang yang sudi berikan kerjasama pada kumpulan Lovaa Cosmetics untuk menjayakan program memberikan 'Minyak motor Percuma'.

“Idea ini datang secara tiba-tiba dan suami juga adalah dorongan yang paling besar untuk melakukan program ini," jelasnya.

Difahamkan, usahawan berkenaan berjaya membantu 80 motosikal yang lalu berhampiran stesen minyak tersebut.

Dia juga turut menasihati orang ramai supaya berjimat cermat.



“Bila barang naik, kos sara hidup juga semakin meningkat. Kena berjimat cermat jangan lakukan pembaziran. Yang paling penting bila ada rezeki lebih kongsi bersama dengan yang memerlukan," katanya.
 
Tambahnya, dia akan melakukan program seperti ini sekali lagi kerana berasa puas melihat orang ramai tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepadanya.


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 28-6-2022 02:50 PM
mesti ada sebab kenapa orang tolak
tah2 nk taruk produk sampah dia sekali kt situ kot
Quote bakingsoda 28-6-2022 03:00 PM
dimana2 je ponder sampah nak menempel menunggang isu semasa
Quote Nnasda53 28-6-2022 03:18 PM
Kalau stesen minyak yang ramai org tak mungkin akan ambil benda2 mcm gini.
Quote batmana 28-6-2022 04:07 PM
Tolak psl volume minyak motor x byk cm kete
. rugilah sbb kete xleh masuk.moto berebut nk msuk
Quote tukul 28-6-2022 04:15 PM
Ni anak murid sape ni
Quote kotakominami 28-6-2022 04:25 PM
Kalau berani sponser la minyak kete.... stakat moto jer buat sesak kat pam tu...nak isi minyak sekian hal....nak bergamba lagi....
Quote prettyuglybabe 28-6-2022 04:39 PM
percaya sangat la hasanah timbang kilo ni..
Quote tripleid 28-6-2022 04:44 PM
Tak syak lagi ponder timbang kati hasil asuhan jijan semang..
Quote jfq 28-6-2022 04:56 PM
Tolak sbb dia nak distribute sample kat situ kot.
Sori menyemak
Quote noell 28-6-2022 05:11 PM
prasan tak kalo anak murid jijan buat poster mesti boh gambaq founder sebesaq alam tataw barang apa dia nak promot

masalahnya hgpa jual barang ka juai muka sendiri
Quote Cpkay 28-6-2022 05:16 PM

ank murid zizan jemang kot
Quote Babai 28-6-2022 05:18 PM
Kalau stesen aku selalu penuh pelanggan, aku pun taknak geng2 ni buat menyemak kat  stesen aku dan menyusahkan pelanggan naik kereta nak datang.
Quote lyshafull 28-6-2022 05:31 PM
noell replied at 28-6-2022 05:11 PM
prasan tak kalo anak murid jijan buat poster mesti boh gambaq founder sebesaq alam tataw barang apa  ...

Mmg gini laa uols samaje semua pounder madammu avenys tu semua dyrg suka ketak muka dyrg produk x taw jual ape dok promot diri tu baik lawa pndai masak last sekali produk haukkk
Quote jiwasemangat 28-6-2022 05:54 PM
noell replied at 28-6-2022 05:11 PM
prasan tak kalo anak murid jijan buat poster mesti boh gambaq founder sebesaq alam tataw barang apa  ...

Ingat kan aku sorang saja yg perasan..hihi, Memang dia org memang suka.letak muka org dia besar² depan² sampai hilang fokus tak tahu apa objektif iklan. Kalau iklan skin care ok la ada maksud nya jugak. Kalau iklan tuition, kenapa ada muka org pulakk memenuhi 3/4  gambar iklan. Kalau belajar advertising..imej iklan.. dah boleh bagi markah fail.
Quote wirazam 28-6-2022 05:57 PM
kotakominami replied at 28-6-2022 04:25 PM
Kalau berani sponser la minyak kete.... stakat moto jer buat sesak kat pam tu...nak isi minyak sekia ...

Setuju..buat sesak stesen minyak Tu je..
Kalau betul nak sponsor..bg je kat kementerian kewangan terus..kalau tax kena dlm 80k..ko bayar double terus hahaha
Quote azurro 28-6-2022 07:25 PM
Amat sukar nak cari org nak buat amal kebajikan diam-diam, melainkan utk mendpatkan kredit untuk diri dn syarikatnya. Itu pasti, ada kmungkinan besar mreka tidak akan mmbntu jika tidak mndpat apa-apa kredit.
Quote Lunalovegood 29-6-2022 01:13 AM
Publisiti murahan founder sampah
Quote ultra78 29-6-2022 06:54 AM
Kalau naik harley davidson,ducati, aprilia dapat minyak percuma juga tak?
Quote Shazid 29-6-2022 07:20 AM
Kenapalah org masih nak beli produk timbang kilo ni ek??

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.162059 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top