CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makin Putih Dan Glowing, Ramai Tercengang Tengok Wanita Selamba Tonyoh Muka Dengan Sabun Cuci Pinggan

28-6-2022 12:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2915| Komen: 24

Sesetengah individu sama ada wanita mahupun lelaki sanggup memperuntukkan wang yang banyak setiap bulan untuk membeli produk penjagaan kulit wajah.

Malah ada yang sanggup berhabis sehingga ribuan ringgit untuk melakukan rawatan demi mendapatkan kulit wajah yang sihat, cerah dan berseri.

Walau bagaimanapun kulit setiap individu berbeza antara satu sama lain, di mana ada segelintir individu bertuah tidak perlu pun melabur wang yang banyak untuk membeli produk kerana dikurniakan kulit wajah yang tidak bermasalah.




Perkongsian seorang wanita mengenai 'rutin' penjagaan wajahnya menerusi aplikasi TikTok baru-baru ini, cukup membuatkan warga maya tercengang.


Mana tidaknya, dia selamba menuang cecair pencuci pinggan di telapak tangan sebelum menyapu ke kulit wajahnya dan menggosoknya sehingga mengeluarkan buih yang banyak.

Selepas beberapa saat, wanita itu kemudian membilas wajahnya sambil menunjukkan kulit wajahnya selepas dicuci.

"Semakin putih. Bintik hitam tiada, jerawat pun tiada. Glowing... sabun cuci piring," demikian katanya dalam video tersebut.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya melontarkan reaksi yang pelbagai memandangkan 'rutin' tersebut agak luar biasa dan jarang dilakukan orang lain.

Ramai yang memberi saranan agar wanita tersebut tidak meneruskan tabiat berkenaan kerana dibimbangi akan merosakkan kulit wajah.

"Bahaya makcik. Sabun tu kasar, kulit kita perlu pH rendah sebab kulit muka lembut. Meh saya belanja satu.

"Hindari menggunakan sabun cuci piring (pinggan) sebagai pencuci tangan atau wajah.

"Bukan itu fungsi sabunnya, ibu. Takut kesan masa depan tak bagus buat kulit muka," demikian antara komen netizen.

Namun ada juga yang melontarkan komen berbaur sarkastik namun lucu.

"Bisa (boleh) menghilangkan minyak dan kerak yang menempel di muka.

"Pakai ni jimat berbulan-bulan ni... lambat habis," komen netizen.

Sehingga kini video tersebut meraih sehingga 3.2 juta jumlah tontonan.

Berdasarkan bahasa yang digunakan dan lokasi yang dinyatakan dalam beberapa video lain, wanita tersebut dipercayai berasal dari Kalimantan, Indonesia. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plywood 28-6-2022 12:34 PM
Kulit tak jadi kering ker? sebab sabun dia cuci semua, sampai kelembapan kulit tu pun dia hilangkan. .. tapi kalau kulit dia maintain, ini sebab kulit dia boleh ada toleransi yang kuat kepada keadaan yang melampau. Muda-mudah mcm ni bolehlah kut..
Quote Artemesiaa 28-6-2022 12:42 PM
plywood replied at 28-6-2022 12:34 PM
Kulit tak jadi kering ker? sebab sabun dia cuci semua, sampai kelembapan kulit tu pun dia hilangkan. ...

Betul tu kesan jangka panjangnya pasti akan kelihatan nanti bila usia makin meningkat.  Kulit dah kurang moist makin banyak jeragat kerepot muncul.  Susah pulak nak baiki keadaan kulitnya nanti.
Quote tumpanglalu74 28-6-2022 12:43 PM
Mungkin anda rase kelakar sebab sabun tu untok pinggan.  Tapi kalo anda terdampar di sebuah pulau & yang anda ade hanyelah sebotol pencuci pinggan (entah macamane terselit) anda juge mungkin akan membersihkan tuboh anda dengan sabun tersebut..  Dah berminggu2 tak sanggop tonyoh muke dengan sabun pinggan tu, tibe2 suatu hari anda rase muke anda dah berminyak sangat maka anda pon tonyoh la juge sabun pinggan tu ke muke anda.

Beze dia: ade dengan takde je

Quote _blackbird 28-6-2022 01:07 PM
netz dan bimbo mmg berpisah tiada. ermm kalau nak kritik pon nengok la level pprt org tu mcm mana. yg buat video ni pon tgk rumah dia pon dah tau level kehidupan mcm mana, ada ke dia kesah skincare step 1 2 3 huhuhu silap2 nak beli sabun buku pon kais pagi makan pagi
Quote musangbodoh 28-6-2022 01:11 PM
terbaik jg aib...tutup terus lh kepala paip sekali adoiiii
Quote midori_katana 28-6-2022 01:22 PM
merepek betul... hari2 basuh pinggan tapi tangan warna cenggitu juga!
Quote Supersirap 28-6-2022 01:26 PM
Nak cantik semuanya dilanggar
Quote Redvelvet3 28-6-2022 01:52 PM
Berkesan ke.....
Quote Mary_jane 28-6-2022 03:08 PM
Muka macam pinggan ke sampai kena pakai sabun basuh pinggan ni? Dah kategori derhaka ni bak kata retis terpaling.
Quote liyamariska 28-6-2022 03:11 PM
Ai pernah dgr cite ada sesetgh dragqueen kt US cuci mekap guna pencuci cmni...
Quote shernazz 28-6-2022 03:33 PM
Masa iols skola rendah
Pakcik iols oernah cite..dia basuh muka guna sabun fab atok..sebab tu muka berjerawat
Quote azie5zoe 28-6-2022 04:04 PM
Kalau cemtu, better guna sabun cap kapak, sure berkilat2 macam kuali Sugu Pravithra. Iols sampai sekarang kagum dengan kuali dia.
Quote bottombikini 28-6-2022 04:17 PM
betol ke ni wei?
tiber teruja
Quote Kurex 28-6-2022 04:19 PM
Kalau nak cantik, rendamlah muka dalam cuka getah. Dan anda akan kenal erti syukur
Quote FOTHER-MUCKER 28-6-2022 04:23 PM
Buat cuvi muka! Waktu membasuh  pinggan mangkuk buih terpercik kena lengan pun terasa pedih
Quote becir 28-6-2022 04:41 PM
Basuh ngan asam jawa lagi better..
Quote mikasa 28-6-2022 04:43 PM
Ada sorang indon pekerja kontrak aku dulu cuci muka guna asid cuci lantai...ikut member punya pasal...kesian .muka bertompok2 kulit tercsbut...memang kulit muka jadi merah/konon putih tapi bertompok2
Quote Scheherazade 28-6-2022 04:46 PM
Tgn pun every now and then alah dgn sabun cuci pinggan ni. Ni kan plak kulit muka yg lebih halus dr kulit tgn
Quote Babai 28-6-2022 04:47 PM
Dia takmo try clorox ke?

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.155276 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top