CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penderma Muslim Terkejut- Derma Darah, Dapat Mi Segera Babi Cincang

28-6-2022 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2644| Komen: 24

Batu Pahat: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan terhadap kes berkaitan pemberian cenderahati yang mengandungi mi segera berperisa daging babi cincang ketika program derma darah di pusat beli-belah di sini.


Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, polis menerima laporan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai perkara berkenaan, 11.38 pagi semalam.

"Laporan berkenaan mengenai sebahagian daripada penderma darah menerima bungkusan cenderahati mengandungi mi segera dipercayai berperisa daging babi cincang.

Foto: Harian Metro

Katanya, siasatan awal mendapati, program derma darah anjuran bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan hospital di sini diadakan di pusat membeli-belah di Batu Pahat kelmarin.


Menurut Ismail, selepas selesai menderma darah, mereka menerima bungkusan cenderahati daripada NGO berkenaan.

"Sebahagian penerima adalah beragama Islam mendapati didalam beg berkenaan terdapat mi segera dipercayai berperisa daging babi cincang.

"Susulan kejadian berkenaan, pihak polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat telah menubuhkan satu pasukan untuk menjalankan siasatan lanjut berkaitan dengan kejadian terbabit," katanya dalam kenyataan.

Katanya, beberapa individu dipanggil dan rampasan turut dilakukan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298A/504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara ataupun denda atau kedua-duanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 28-6-2022 01:31 PM
Macam-macam hal
Quote Nurul8001 28-6-2022 01:36 PM
Sangka baik, penganjur tak sangka, akan ada org Muslim yg sanggup derma darah.
Atau, hadiah tu pun, hadiah yg sponsor
Quote renko 28-6-2022 01:42 PM
mana mee nya
Quote musangbodoh 28-6-2022 01:56 PM
dh google pun xdaq jenama mee............
Quote shernazz 28-6-2022 02:05 PM
Brand mama katanya
Quote KamikuP 28-6-2022 03:48 PM
Saja je NGO NGOK ni nak tengok tara mana org Islam peka tak peka
Quote Orix 28-6-2022 03:50 PM
takut nau ngn babi.... ngn perasuah tak takut plak..... anyway, it's a gift, bukan dia paksa ko makan pun...
Quote Firenzza 28-6-2022 09:16 PM
Camne penderma tu tau perisa babi? Dia dh melahap mee lps derma darah ke
Quote gekkou 28-6-2022 09:51 PM
tu derma darah anjuran ngo or kelab bukan islam ler tu
rileks2 sudah
itu pun sampai nk report police bagai
alahai
Quote kakikuDibibirmu 28-6-2022 11:14 PM
Dino Apple tersenyum sinis dengan Menculik Mee Yabi

C7vp2Er.jpg
Quote makita 28-6-2022 11:34 PM
Derma darah kat spital terus la...aman damai x ramai org pepagi. Cuma tahun lepas derma masa bulan posa lepas berbuka tu ramai gila org. Lg 1 kat spital kusi empuk sgt leh relax2...kalau kat soping kompleks ni kusi kanvas mcm askar tu mcm nak terbalik ke
Quote Potpouri 29-6-2022 12:20 AM
Aku selalu derma yg pusat darah negara.. pernah terfikir hosp swasta bagi souvnier apa untuk penderma daraha. Caj rawatan dah la mahal..takkan lah bg makanan segera je kan. kurang2 bg duit, mesti lebih ramai yg tampil menderma darah
Quote belacan_gurl 29-6-2022 12:35 AM
Aku dulu rajin gak menderma darah kat pusat derma darah titiwangsa tu....dapatla nasi lemak sebungkus,epal dan air mineral
Quote pyropura 29-6-2022 01:25 AM
Hanya berlaku zaman Umno Pas molayoo  isele berkuasa. Zaman Dap dulu takde jadi gini
Quote pyropura 29-6-2022 01:27 AM
Perasa babi tak semestinya dibuat dari bahan sumber haiwan. Kalau sumber vege, apa salahnya?
Quote pyropura 29-6-2022 01:27 AM
Hanya berlaku zaman Umno Pas molayoo  isele berkuasa. Zaman Dap dulu takde jadi gini
Quote n3ar 29-6-2022 09:18 AM
apa benda laa forumer ngoks merapu dalam ni..mesti tak pernah derma darah ke apa..

megi babi knform la kat luar plastik megi tu ada tulis perisa apa...

kalau nak orang derma darah, bagi la cenderahati yg orang semua boleh makan...roti gardena ker, air mineral, biskut, air kotak milo ke....

apa perasaan kalau kita bagi burger daging lembu kt orang lepas derma darah....org india mesti bising tak sensitif...


aku g derma kt pusat darah, dorang kasi roti, biskut & air mineral.. g derma kat hospital swasta, dia siap bancuh milo kt ko, pastu letak 1 basket penuh macam2 biskut utk ko makan..

yg NGOk ni g bagi megi babi ni dah kenapa



Quote bellaa 29-6-2022 10:31 AM
iols ritu derma darah kat booth shopping mall tu.
pastu cik misi boleh sembang2, tak monitor iols pon

rupanya, darah x turun sebab jarum senget
pastu cik misi siap bebel2 kat iols, tula urat kecik sgt susah darah nak keluar.
Quote ally9970 29-6-2022 10:55 AM
n3ar replied at 29-6-2022 09:18 AM
apa benda laa forumer ngoks merapu dalam ni..mesti tak pernah derma darah ke apa..

megi babi knform ...

Yg pergi Mall tu ramai Non-Muslim ke sampai letak mee segera perisa babi? Mmg BABI!!! betul lah organiser... Cuba buat kempen derma darah kat Batu Caves tu, lps tu bagi gift daging lembu sorang sekilo...

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.061545 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top