CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Banyak Dapat 'Job', Mk K-Clique Tak Anggap Diri Popular, Ketepikan Anggota Kumpulan Lain

1-1-1970 08:00 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 290| Komen: 0|Original author: Tatod


Kira-kira empat tahun lalu, kumpulan K-Clique tiba-tiba sahaja muncul menggegarkan industri seni muzik tanah air menerusi lagu Mimpi sekali gus meletakkan mereka sebagai pendatang baharu yang punya identiti tersendiri.

Dianggotai oleh lapan anak muda kelahiran Sabah iaitu Tuju, MK, Nastynas, Noki, Fareed, Gnello, Somean dan Kdeaf, tidak dinafikan hanya beberapa orang sahaja yang kelihatan benar-benar menyerlah dan menjadi sebutan.


Antara mereka berlapan, perkembangan kerjaya MK dilihat lebih menyerlah dan bergerak pantas apabila dia sering berkolaborasi dengan penyanyi lain serta berpeluang berganding bersama Joe Flizzow dan penyanyi terkenal Korea, Jay Park dalam lagu Ciao.

Bukan hanya dalam bidang nyanyian, MK juga mengorak langkah dalam bidang lakonan, menjadi duta serta wajah untuk beberapa jenama besar dan terkenal. 

Pun begitu, MK tidak pernah menganggap dirinya lebih popular jika dibandingkan dengan anggota kumpulan lain. Malahan, 'gerakan solo' dalam setiap projek yang dijayakan bukan bermaksud dia sudah mengenepikan anggota lain.


"Saya tak pernah rasa bahawa saya adalah tunjang utama atau yang paling menonjol dalam kumpulan K-Clique. Ia cuma pandangan orang ramai. Secara peribadi, saya akan lakukan apa sahaja perkara yang boleh membuatkan orang ingat K-Clique.

"Sebab itu nama saya tidak pernah berubah sebagai MK K-Clique. Tak kiralah saya terbang atau berlari sekalipun, saya tetap akan membawa nama K-Clique," katanya dalam satu temubual eksklusif bersama Getaran.


Mempunyai lebih sejuta pengikut di Instagram, kata MK, mereka kini lebih berhati-hati dalam menghasilkan karya kerana situasi sudah jauh berbeza jika dibandingkan ketika mereka aktif berkarya secara 'underground'. 

"Apabila sudah masuk arus perdana, kita lebih dikenali dan bekerja dengan lebih banyak pihak seperti radio, syarikat pengurusan dan mana-mana syarikat yang melantik saya sebagai duta. Kita jadi lebih berhati-hati dalam setiap karya yang dihasilkan," katanya. -CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.129093 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top