|
Rafidah Ibrahim memaklumkan dirinya mengalami keguguran bayi sulung yang sudah memasuki usia kehamilan empat bulan pada Jumaat lalu.
Khabar duka itu dikongsi menerusi Instagram miliknya malam tadi dan menurut Rafidah, badannya mengalami kesakitan namun mencuba untuk menahan sehingga kemudiannya mendapati janin terkeluar dari rahimnya. “Petang, dari pukul 5 perut saya rasa terlalu sakit dan saya sangkakan angin yang terlalu teruk dalam badan terutama di bahagian bawah perut. Saya biarkan dan berehat walaupun sakitnya hanya Allah saja yang tahu. “Sebelum masuk waktu Maghrib dan sebelum berwuduk, saya berhadas kecil, dan pada ketika itu terasa sesuatu ingin keluar. Saya terus memanggil suami dan cakap ada sesuatu nak keluar dan suami kata, biarkan.
“Saya tadahkan tangan, pada waktu itu, janin keluar di atas tapak tangan dan saya ada rasa sedikit pergerakan sebelum suami memotong tali pusat,” katanya.
|
anony-mous: Dkt benang lg 1 ckp ni kali ke ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
23-2-2026 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.392179 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.