AMPANG – Cubaan seorang pembantu rumah warga Indonesia mahu membunuh diri dengan menggunakan pisau memakan diri apabila dia ditahan polis di rumah majikannya di Taman Tun Abdul Razak, dekat sini awal pagi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 10.30 malam kelmarin semasa pengadu seorang lelaki tempatan berusia 68 tahun berada di rumahnya. “Salah seorang wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah pengadu didakwa cuba membunuh diri dengan menggunakan sebilah pisau.
“Susulan kejadian itu, pihak polis telah memberkas suspek yang berusia 28 tahun ditempat kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi semalam. “Turut dirampas sebilah pisau yang digunakan semasa kejadian dan suspek tidak mengalami apa-apa kecederaan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini. Menurutnya, punca kejadian dipercayai akibat tekanan kerana keluarga suspek di kampung (Indonesia) sering meminta wang daripadanya. Jelas beliau, hasil semakan mendapati suspek telah berkerja dengan pengadu yang juga seorang pesara lebih kurang satu tahun. Katanya, suspek telah direman selama empat hari sehingga 30 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan. –CARI Sumber: Kosmo
|
cheezel replied at 28-6-2022 12:03 PM
Tgk2 pesara tu yg kesian pastu dia plk bela maid tu
Salah seorang wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah
krustykrab replied at 28-6-2022 01:00 PM
Lps tu kawin...untung la jd mcm trisnot n friskiesfrog duk citer kemewahan laki msia memasing...:l ...
krustykrab replied at 28-6-2022 01:00 PM
Lps tu kawin...untung la jd mcm trisnot n friskiesfrog duk citer kemewahan laki msia memasing...:l ...
Friska replied at 28-6-2022 02:51 PM
Sampai kapan kalian melecehkan forumer Indonesia di forum ini? Apa ndak bisa move on?
ADVERTISEMENT