CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Emma Maembong Masih Tahu Batas, Seksi Pun Tak Pernah Pakai Bikini

28-6-2022 11:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3398| Komen: 22

Nama Emma Maembong kembali panas. Dia dikatakan semakin berani dan berpenampilan seksi terutama selepas melahirkan putera sulungnya, Shariq Gabriel.

Emma juga menjadi sasaran netizen kononnya dia tidak sensitif dan ruang komen Instagramnya juga dibanjiri dengan kecaman yang kononnya berdiri sebagai nasihat kepadanya.

Tidak hanya dia menjadi sasaran, anaknya juga tidak terlepas daripada ‘hukuman dunia’ yang dijatuhkan oleh segelintir netizen. Jawablah mendapatkan Emma.

Foto: IG


Segelintir netizen seperti tidak sudah mencari salah Emma. Terbaharu, Emma dikatakan semakin seksi? Pendapat Emma bagaimana?


"Sebenarnya saya pakai apa selesa. Saya memang begini sejak zaman remaja lagi. Saya fikir tak perlulah nak ubah semata-mata kerana sudah berkahwin dan ada anak. Biarlah saya jadi diri sendiri sahaja.

Saya hanya menghargai diri sendiri. Kalau ada yang tak suka, tak apa. Saya cuba sedayanya untuk positifkan diri. Doakan yang baik-baik ya.

Isu buka tudung masih menjadi bahan untuk segelintir netizen mengecam Emma. Sedangkan isu itu sudah lama berlalu. Malah ramai juga yang meminta agar Emma kembali bertudung, komen?



"Saya ini perempuan, satu hari memang saya akan berhijab juga. Insya-Allah saya akan berubah. Terus doakan saya.

Tidak hanya Emma yang jadi sasaran, Shariq juga terkena tempias.

Saya mohon, janganlah kaitkan dengan anak saya. Saya masih tahu batas sebagai seorang isteri dan ibu. Lagipun, seperti jawapan tadi, saya cuma jadi diri sendiri.

Saya pun takkan nak memakai bikini jika bercuti di pantai sebagai contoh. Saya pun tahu batasannya. Cuma sekarang biarlah saya menghargai diri dengan memakai apa yang saya nak."



Emma ‘berdendam’ tak dengan netizen apabila sering menjadi sasaran mereka?

"Tidaklah. Saya sekarang ambil pendekatan untuk buat tak tahu sahaja. Lebih baik jaga kesihatan mental dan wujudkan persekitaran positif untuk anak saya. Zaman saya nak bergaduh dan berperang dengan netizen sudah berakhir.

Kalau dulu bila orang kecam kita rasa nak lawan balik. Yelah, darah muda. Tetapi saya semakin matang dalam mengendali situasi itu. Saya cuba jadi yang terbaik untuk keluarga."



Maksudnya Emma lebih rela biarkan sahaja semua kecaman itu?

Saya rasa sekarang emosi saya untuk anak sahaja. Saya sudah ‘kering’ emosi untuk melayan orang lain. Lebih baik saya fokus anak sahaja.

Saya banyak belajar daripada pengalaman. Dulu mungkin saya dilihat lantang bersuara, tetapi sekarang tidak lagi. Fokus hidup masing-masing sahaja.

Cakap soal anak, ada perancangan untuk tambah cahaya mata kedua?




"Saya memang mencuba untuk mendapatkan anak kedua tetapi belum ada rezeki lagi. Jujur cakap, saya memang nak tambah anak. Saya datang daripada keluarga besar.

Ada 11 adik beradik dan beza kami hanya setahun sahaja setiap satu. Saya sendiri sukakan kanak-kanak, jadi memang hendak anak ramai." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuHavocczz 28-6-2022 11:52 AM
sekarang dh bukan musim artis berhijrah pakai tudung, sekarang musim retis nak tunjuk body pulak
Quote ezacbee 28-6-2022 11:54 AM
Sukatilah menayang selagi body tak berkerak. Ni ada yg body berkerak pun gigih menayang.

Quote matjerk 28-6-2022 01:47 PM
Alang2 sexy.. pakai je lah bikini...
Kecuali kalau bawah tu berkerak.. hahahahhahahaah
Quote anony-mous 28-6-2022 01:49 PM
Seksi utk org yg pernah bertudung. Kdg2 x sangka yg pernah bertudung, bila bukak tudung habis semua aurat nk tnjuk. Kalah org yg xpernah bertudung.

Lepas ni pakai je bikini, lepas tu bg je lah statement, sy masih tau batas n x berbogel
Quote ketambangkang 28-6-2022 03:10 PM
akuHavocczz replied at 28-6-2022 11:52 AM
sekarang dh bukan musim artis berhijrah pakai tudung, sekarang musim retis nak tunjuk body pulak

betul lah kan...lps arwah siti sarah meninggal aritu kemain ramai berhijrah, skrg slow dh
Quote stingerbumpy 28-6-2022 03:11 PM
Jenis brazilian waxing ni...for sure
Quote SonicSiLandak 28-6-2022 03:17 PM
tayang la lagi...  
Quote SherryZass 28-6-2022 03:22 PM
oh limit seksi bagi dia, tidak ber-two piece jelah ya. Ok!
Quote Cokoro 28-6-2022 03:25 PM
oh begitu. Aku pnh ambil gmbr dgn dia n zizan dulu. Rumah trbuka raya kt kg zizan ahahahaha. Haduhlah
Quote babelina 28-6-2022 03:57 PM
natasha hudson tu lg la.. hidup dh asyik di laut jer.. rilek jer x seksi.. 2pis pn x.. body cantik.. muka cantik..
Quote lyshafull 28-6-2022 04:00 PM
babelina replied at 28-6-2022 03:57 PM
natasha hudson tu lg la.. hidup dh asyik di laut jer.. rilek jer x seksi.. 2pis pn x.. body cantik.. ...

Tertgok ig natasha nmpk dia dh balik ke industri which is good muka pun lawa berlakon pun not bad …
Quote nakkomenjugak 28-6-2022 05:16 PM
alang2 kulit tengah bersih dari kurap panau bekas eczema
Quote Redmyvi 28-6-2022 06:04 PM
selagi tak bogel belum cukup seksi.. haha
Quote maxim 28-6-2022 06:09 PM
mesti pink die ni
Quote kiah_mai_pulak 28-6-2022 06:19 PM
maxim replied at 28-6-2022 06:09 PM
mesti pink die ni

ce tgk mak kau pulak. pink ke kelabu asap
Quote CikYaYaYa 29-6-2022 03:53 AM
bagi iols dia nie cantek laa. Tapi xtau laa sebab filter ke or memang diaaa flawless gini
Quote makton 29-6-2022 07:47 AM
CikYaYaYa replied at 29-6-2022 03:53 AM
bagi iols dia nie cantek laa. Tapi xtau laa sebab filter ke or memang diaaa flawless gini

aku rasa filter jah tuuuu
Quote TomyamPuteh 29-6-2022 08:27 AM
Bagi laki dia je la tegur.
Quote HoneyManjer 29-6-2022 09:27 AM
terima kasih Allah....sentiasa beri peringatan thru org2 mcm nih....huuuuuu

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.070648 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top