Kemunculan penghibur tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 43, dalam 'showcase' istimewa sememangnya ditunggu kelompok peminat tegarnya yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat.
Malah, sebaik mendengar 'desas-desus' Siti akan mengadakan 'showcase' dan konsert, pasti peminatnya teruja membuat persiapan membeli tiket. Pun begitu, bagi 'showcase' Siti yang berlangsung dalam fasa endemik ini adalah Queen Of The Night Siti Nurhaliza pada 6 Ogos depan di Hotel Royale Chulan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, jam 7 malam.
Persembahan nyanyian istimewa Siti yang penuh makna ini dibawakan oleh penganjur projek, Be De Paris. Malah, menariknya lagi semua meja untuk penonton sudahpun dibeli oleh Yayasan Metamorphosis. Siti ditemui pada majlis sidang media Queen Of The Night di Menara Berkembar Petronas, KLCC, Jalan Ampang, baru-baru ini berkata, dia tidak menduga jualan meja untuk 'showcase' istimewa itu habis dijual lebih awal. "Terkejut juga apabila saya dimaklumkan penganjur bahawa semua meja dijual untuk 'showcase' ini sudah dibeli pihak Yayasan Metamorphosis untuk disumbangkan kepada golongan B40 yang terpilih. "Saya bersyukur juga dapat terbabit untuk menjayakan 'showcase' Queen Of The Night ini kerana barisan penonton yang hadir nanti amat istimewa. "Terus terang saya teruja nak menghiburkan golongan B40 terpilih itu yang mungkin sudah lama teringin menonton 'show' saya. "Saya berusaha memberikan persembahan terbaik untuk menghiburkan mereka pada malam itu nanti dengan rangkaian 15 lagu yang kebanyakannya lagu popular saya berkisar kepada wanita dan inspirasi," katanya. Bakal menjayakan persembahan itu selama 90 minit, Siti berkata, dia juga tidak akan sama sekali tampil dengan 'show' yang dianggap 'double standard'. Katanya, sebagai penyanyi sudah pasti persembahan yang ikhlas itu membawa kepuasan tersendiri. "Sebagai penyanyi yang menghiburkan penonton, tiada istilah 'double standard' dalam persembahan. Untuk saya, apa yang paling utama penonton mendapat kepuasan pada 'show' dijayakan. Apatah lagi, mereka membeli tiket yang dijual itu. "Jadi, saya perlu memberikan persembahan yang mantap, berkesan dan menghiburkan supaya apabila balik ke rumah nanti, banyak momen indah dapat diingati mereka," katanya yang akan menggayakan dua rekaan busana khas. Persembahan yang diiringi komposer dan pengarah muzik terkenal, Aubrey Suwito itu juga semestinya tidak akan menghampakan penonton dengan susunan muzik yang segar. Menurut Siti, beliau dan Aubrey selalu saling berbincang. Sementara itu, Presiden Yayasan Metamorphosis, Datuk Razalif Mohamad Zain berkata, dia sudah lama mimikirkan untuk membawa Siti menjayakan projek 'showcase' istimewa bagi menghiburkan golongan B40. "Siti adalah penghibur terkenal dan nombor satu negara. Jadi, sudah semestinya ramai pada kalangan rakyat di negara ini teringin dan mempunyai impian untuk menyaksikan 'showcase' beliau, termasuk golongan B40 sendiri. "Jadi, bagi memastikan 'dream come true' buat golongan B40 ini menonton 'showcase' Siti, kami dari Yayasan Metamorphosis sentiasa mencari peluang untuk menjalinkan kerjasama menarik dan istimewa," katanya. Difahamkan, seramai 450 peminat Siti dalam kalangan Keluarga Malaysia, B40 terpilih dari seluruh negara yang terdiri dari golongan berpendapatan rendah, ibu tunggal dan anak yatim akan hadir menyaksikan 'showcase' Queen Of The Night Siti Nurhaliza itu. Sumber: Harian Metro
|
Nanadjo replied at 28-6-2022 09:29 AM
Perlu ke mention B40 banyak kali? Iols rengsek baca artikel ni, macam la semua B40 tu tak mampu. Cak ...
KBW2 replied at 28-6-2022 10:03 AM
Dalam keadaan ekonomi begini, dengan inflasi dan rege barang dapur yang dah melambung-lambung, camna ...
Mamason replied at 28-6-2022 03:20 AM
Percuma ke? Nape artikel tulis boleh buat persiapan utk beli tiket? Dr beli tiket bila fikir blk ...
Mamason replied at 28-6-2022 11:20 AM
Percuma ke? Nape artikel tulis boleh buat persiapan utk beli tiket? Dr beli tiket bila fikir blk ...
KBW2 replied at 28-6-2022 11:49 AM
Ya memang tiket tu dijual tapi semua tiket telah dibeli oleh Yayasan Metamorphosis untuk disumbangk ...
dekmieDandy replied at 28-6-2022 11:34 AM
konsep dia macam minggu setiusaha lar
ada 'orang' lain beli table tu, tapi yang tengok nanti oran ...
Nanadjo replied at 28-6-2022 09:29 AM
Perlu ke mention B40 banyak kali? Iols rengsek baca artikel ni, macam la semua B40 tu tak mampu. Cak ...
ADVERTISEMENT