CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Yang Ni Ke Orang Panggil Keluarga Malaysia?"- Ismail Sabri Dikecam Pakai Baju Burberry RM6,900

28-6-2022 07:55 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 3792| Komen: 46|Original author: Cinta Erina

Sumber: Facebook Ismail Sabri


Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Ismail Sabri memuat naik video di akaun Facebook miliknya yang memaparkan beliau berkunjung ke sebuah karnival yang diadakan pada hujung minggu lalu.

Menerusi posting itu, kebanyakan netizen mempersoalkan mengenai kemeja merah yang dipakainya. Menurut sumber, kemeja berjenama Burberry itu didakwa berharga lebih kurang RM6,900 sehelai.


Hal ini menyebabkan rata-rata netizen meninggalkan komen negatif di posting itu kerana Dato' Sri Ismail Sabri seolah-olah tidak tahu bahawa harga kemeja itu bernilai tiga bulan gaji kebanyakkan rakyat di Malaysia. 

Sejak kenaikan harga barang yang mendadak, kebanyakan rakyat kini tersepit dengan keadaan ekonomi negara yang semakin meruncing, namun Dato' Sri Ismail Sabri siap bergaya dengan baju mewah. 

Satu posting juga dibuat oleh pengguna Twitter yang dikenali sebagai Elill. Menerusi posting itu, dia mempersoalkan maksud di sebalik slogan 'Keluarga Malaysia' yang sering dilaungkan di kaca TV, namun semuanya seperti satu gurauan kerana kerajaan tidak menyalurkan bantuan  kepada golongan yang memerlukan. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 28-6-2022 08:15 AM
siapa saa yg memegang tampuk kuasa buat masa ni memang tak boleh diharap.
Quote tripleid 28-6-2022 08:20 AM
Bersyukurlah wahai ummah punya PM yg kacak lagi bergaya..



Quote Decaffeinated 28-6-2022 08:32 AM
Rosmah senyum sinis


Quote she 28-6-2022 08:39 AM
Betul lah bak kata bapak macik
Belajar lah tinggi2
Cari kerja yang bagus2
Sebab bila dah ada income banyak
Ekau dah tak fikir pasal pendapatan orang lain

Haish apa macik merepek nih
Quote plywood 28-6-2022 08:47 AM
gaji perdana menteri berapa? Kejap nak google sekejap..

Gaji PM Malaysia : pendapatan dan gaji perdana menteri malaysia sebulan adalah sekitar RM22 ribu sebulan
Gaji TPM Malaysia : Akan dikemaskinikan
Gaji menteri kabinet : RM18 ribu sebulan
Gaji timbalan menteri malaysia: Akan dikemaskinikan


Gaji perdana menteri cuma 22,000 sebulan dan dia beli baju RM 6,900. Sebelum itu dia dah beli baju RM5,500.

Orang yang waras akan berfikir kenapa bajet perbelanjaan dia terlalu boros dibandingkan dengan pendapatan.

RM6,900 itu adalah lebih kurang 31% dari jumlah gaji 22,000 sebulan manakala RM5,500 itu sebanyak 25% dari gajinya.

Adakah seseorang yang waras akan membelanjakan gajinya sebanyak 31% atau 25% untuk beli cuma sehelai baju? Bagaimana dengan keperluan lain? Mereka tak membelanjakan duit untuk makanan, kenderaan etc semua kah?

Kalau betul dia minat nak beli pakaian mahal, katalah itu minatnya, kenapa orang ini seoalah-olah hilang akal tidak dapat mempertimbangkan keperluan lain sampai sangup membelanjakan kepada cuma sehelai pakaian... pakaian ini keperluannya, apalagi seorang pemimpin, tentu perlu banyak, banyak majlis hendak dihadiri... Adakah nanti semua pakaianya adalah semahal itu? Adakah dia letakkan standard pakaiannya RM5000 ke atas? Teringin juga nak tengok berapa kali dia akan pakai pakaian mahal ini. .. akan banyak pertanyaan yang timbul atas perbuatan seorang perdana menteri seperti ini...

Persoalan lain ialah ada pendapatan lainkah selain dari pendapatan gaji? Jika ada, adakah tidak mengganggu tugasnya sebagai perdana menteri? Bukankah sepatutnya semua tenaga masa dan perhatiannnya diperlukan untuk mentadbir dan memperbaiki kehidupan rakyat, mengemudi perjalanan dan mengendalikan cabaran-cabaran masa depan, mengurus ekonomi yang sedang menunjukkan nilai ringgit semakin hancur... etc. ... SPRM dan semua agensi yang menentang penyelewangan sepatutnya memerhatikan kelakuan perdana menteri seperti ini..

Pendapat aku tak sesuai seorang perdana menteri itu buat bisnes lain, kecuali sebelum mencebur ke dunia kepimpimpinan dah ada empayar perniagaan maka adalah tidak bijak pula untuk menjual perniagaan tersebut jika jadi pm.

Sekarang katalah duit yang digunakan ialah duit elaun seorang perdana menteri untuk keraian iaitu perbelanjaan untuk imej dan pengurusan akitiviti perdana menteri..

Atas alasan ini pun, ianya masih tidak bijak untuk digunakan. Kita dah tahu perangainya yang suka bermewah-mewah, seorang yang boros, dan kita juga tahu bahawa perdana menteri ini seseorang yang ada kelemahan boleh digoda dengan hadiah pakaian, tak bijak membelanjakan elaun keraian kerana dalam perbelanjaannnya tak dapat mengawal diri antara kemewahan dan keperluan, tak sensitif kepada perasaan rakyat yang sentiasa mendambakan pemimpin yang berjiwa rakyat, tak sensitif dengan kritikan rakyat bahawa dalam keadaan mahal sekarang perdana menteri masih boleh bermewah, tak boleh pulak fikir ini boleh dijadikan isu oleh pembangkang...

pendapat aku susah nak mewajarkan perbuatan seorang perdana membelanjakan duit yang sangat banyak untuk sehelai baju seperti diatas... sebabnya dia perlu jaga imej perdana menteri, imej seorang pemimpin, imej seorang pentadbir, imej seorang pengurus ekonomi, imej seseorang yang mempunyai bijak yang tinggi, imej seseorang yang sensitif kepada perasaan rakyat dan cabaran masa depan dsb...

.. jadi alasan seperti, "dia mampu apa salahnya" dan "dengki ker" untuk mewajarkan perbuatan perdana menteri itu ini terlalu naif. Itu hanya terpakai untuk orang biasa seperti orang kaya yang kekayaannya diperolehi olehnya sendiri dengan usahanya sendiri, maka selagi tak langgar undang-undang, kita lantakkan sahaja dia nak buat apa dengan duit dia sendiri ...
Quote liton 28-6-2022 08:50 AM
Ckp omputih taknak konon perjuangkan bahasa melayu.
Barang omputih hadap pulak, walaupun bayar berlebih-lebihan dari batik tempatan.
Taknak perjuangkan ekonomi melayu ke?
Cakap melayu bukan boleh isi poket peniaga tempatan.
Quote elzy 28-6-2022 09:26 AM
Frankly speaking, antara PM yang suka menaikkan harga barang dan caj lain sesuka hati.. Dalam tempoh masa yang singkat tetiba pengumuman kenaikan harga atau undang-undang baru.. Prinsip dia seolah-olah : Rakyat susah asalkan menteri bermewah-mewah..
Quote RinIna 28-6-2022 09:30 AM
she: Betul lah bak kata bapak macikBelajar lah tinggi2Cari kerja yang bagus2Sebab bila dah ada income banyakEkau dah tak fikir pasal pendapatan orang lainH ...


Gaji yg diterima tak berbaloi dengar kerja yg dibuat pun tak guna juga.. rakyat tetap susah.. dia lgi nak tunjuk kemawahan.. smua menteri sama jerkkk!!

Quote Denco 28-6-2022 09:31 AM
asal bukan dap, x yah la bising2 umngok nk buat ape pun... hadap je la kan
Quote pasa 28-6-2022 09:34 AM
nanti dia bagi e-wallet 30 ringgek blh la buat bayar rent tapak neiaga aney sorg tu.

sabar aney...e-wallet cumming sun. oh yeh bebebh
Quote wolfheart 28-6-2022 09:34 AM
Dlm byk² pm kat msia ni, pak mael paling diingati sebab pakaiannya.

Dlm byk² benda yg pak mael buat semasa jadi pm, pak mael paling diingati sebab pakaiannya juga.
Quote JunkMail 28-6-2022 09:43 AM
Bangga taw ada PM very the bergaya pakai designer brand je. Korang apa tau .. tak mampu beli sila diam
Quote FOTHER-MUCKER 28-6-2022 09:45 AM
Jikalau kau orang nak memiliki memakai baju mahal jadilah perdana menteri.
Quote cikatilia 28-6-2022 09:53 AM
sebab tu gaji xle potong
celah bedah mana nak beli brgan branded2 atus2 ribu juta2
Quote sarahmirza 28-6-2022 09:56 AM
plywood replied at 28-6-2022 08:47 AM
gaji perdana menteri berapa? Kejap nak google sekejap..



Gaji sebulan RM22k tu basic je kan...
Ada elaun2 lain... Kalau marhaen gaji rm22k sebulan, ada lagi elaun hp rm300, transport allownce rm600...ni standard kot kat company2 besar..... Elaun tahunan cuti2 dlm  & oversea puluh k pun ada juga.....ada sesetengah company, klu tak nak ada driver, dapat elaun tambahan rm3k lagi... Season parking free...ntah apa lagi depa dapat tak tau la, elaun kena maki mungkin ada jugak.... Ni standard la elaun2 bosses company besar/GLC/MNC...

Btw PM buat open house raya tiap2 tahun tu pun gomen yang tanggung ye... Elaun keraian...
Tapi macai tetap ingat menteri pakai duit depa sendiri... Baik hati pemurah betul ...
Quote kaseh80 28-6-2022 10:43 AM
Nanti  ada  penambahan 50 hinggit lagi utk beli baju utk marhaen
Quote Skuau 28-6-2022 10:47 AM
Aku berfikiran positif...SELAGI dia pakai duit sendiri(pendapatan HALAL atas usaha sendiri)...itu...'HAK cipta terpelihara()' dia...
Quote kucingitam 28-6-2022 11:13 AM
eloknya pm, menteri2, pegawai kerajaan ni di suruh pakai uniform je.. lagi2 kalau utk acara rasmi. tapi tulah, nanti kontrak jahit uniform bagi kat anak menantu sedara mara pulak..hmm complicated sungguh negara malaysia ni..
Quote putu 28-6-2022 02:27 PM
Rezeki dia jd PM. Kita pun klu income tinggi, sure beli mcm2 brg mewah gak

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 1.340340 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top