CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menantu Lebih Tua Dari Ibu Mentua, Beza Umur Dengan Suami 30 Tahun

27-6-2022 05:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1489| Komen: 9

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia mencuri perhatian netizen selepas berkongsi kisahnya yang berusia tiga tahun lebih tua berbanding ibu mentuanya, lapor saluran berita Liputan 6 hari ini.


Berdasarkan hantaran dikongsikan di laman TikTok, wanita tersebut berkata, dia dan suaminya turut mempunyai perbezaan umur sebanyak 30 tahun.

Foto: Titkok

“Cinta tidak mengenal usia. Suami berusia 20 tahun dan saya 50 tahun. Kami telah berumah tangga selama tujuh tahun, doakan kami bersama sampai ke hujung nyawa,” kata wanita berkenaan dalam hantarannya.

Wanita yang menggunakan akaun bernama @riavangobel2 itu turut berkongsi klip video memaparkan kemesraan antara dirinya dengan suami dan ibu mentuanya.


Tambah wanita tersebut,  jarak usia tiga tahun dengan ibu mentuanya membuatkan mereka berasa seperti rakan baik. Dia bagaimanapun tetap menghormati wanita itu dan memanggilnya dengan gelaran ‘Mama’.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai netizen dengan rata-rata memberikan komen positif.

“Jodoh sudah ditentukan. Apa yang penting adalah saling mengisi kekosongan hidup,” kata seorang netizen.

“Saya kagum dengan si ibu mentua  kerana mengizinkan anak lelakinya berkahwin dengan wanita yang jauh lebih berusia,” kata seorang netizen lain. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 27-6-2022 05:59 PM
Macam nek madonna.


Quote Decaffeinated 27-6-2022 06:56 PM
Kali ni wartawan lari sikit dari template berita tiktok sebab lokasi kejadian tidak dirahsiakan.

Apapun quote netizen tu wajib ada.

Quote imransulaiman 27-6-2022 07:11 PM
Dah kawin 7 tahun...suami umur 20 tahun. Takkanlah dia kawin masa umur suami dia 13 tahun???
Quote Paiya 27-6-2022 07:13 PM
suami- 20 tahun
isteri -50 tahun
dah berkahwin selama 7 tahun

waktu berkahwin
isteri - 43
suami- 13?

aku kah yang salah pemahaman?
Quote slyfynx 27-6-2022 07:38 PM
Jap, deme kawin mase laki die 13 tahun ke hape ni?
Ke umur 20 tu mase kenal, bukan umur sekarang?

And ape jadahnye mende ni isu semasa?
Quote che-cikL 27-6-2022 07:51 PM
berita caprut.jpg
Quote Shazid 28-6-2022 08:16 AM
Adakah die nk bagi tahu kahwin masa umur 50 tahun dan suaminya 20 taun...klu mcm tu. skrg umur die dah 57 tahun dan suaminya 27 tahun...wallahualam!!!
Quote Supersirap 28-6-2022 01:51 PM
Tidak kira umur, yang penting bahagia disamping suami yang terchenta
Quote _blackbird 28-6-2022 02:31 PM
kenapa byk berita yg mengelirukan hari ni

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.038388 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top