Jurulatih kecergasan dipenjara enam bulan ekoran perbuatan tidak senonohnya membuat rakaman video seksual melibatkan gadis berusia 18 tahun.
Warga Filipina Jayson Atendido Gasque, 25, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dilakukan di Brunei, di hadapan Majistret Nur Eleana Datuk Seri Paduka Hairol Arni. Dia pada awalnya dijatuhkan hukuman selama sembilan bulan, namun dikurangkan kepada enam bulan atas kesalahan jenayah pertama defendan. Timbalan Pendakwa Raya Raihan Nabilah Ahmad Ghazali mendedahkan bahawa pada 22 Jun, mangsa yang juga pengunjung kelab kecergasan menuju ke bilik mandi selepas bersenam.
Video dirakam ketika dia sedang mandi, malah mangsa juga terserempak dengan defendan pada waktu itu. Sumber: Buletin Borneo/ANN/mStar
|
ADVERTISEMENT