Biarpun segelintir masyarakat beranggapan mendedahkan kecurangan pasangan masing-masing sebagai tindakan membuka aib, namun ada juga yang bersetuju bahawa ianya mampu memberi pengajaran kepada sesetengah pihak.
Terkini, tular video seorang wanita menerjah masuk ke ‘sarang’ tempat suami dan perempuan simpanannya sering berdua-duaan. Menerusi satu video yang dimuat naik pengguna @jurnalisjunior di laman Instagram, seorang wanita bertindak berani menerjah masuk ke dalam sebuah rumah yang dikatakan menjadi lokasi suaminya dan seorang perempuan simpanan tinggal bersama.
Video itu memaparkan seorang wanita sedang memegang kain membaluti tubuhnya dengan wajah pucat akibat terkejut diterjah, namun kelibat si suami pula tidak kelihatan. Wanita itu kemudian mengarahkan perempuan simpanan suaminya untuk menyelak baju dan menunjukkan perutnya kerana mendakwa wanita itu sedang hamil anak luar nikah, namun permintaannya tidak dituruti. Menjengah ke ruangan, rata-rata netizen kurang berpuas hati kerana wajah wanita tersebut yang disebarkan, sedangkan identiti si suami tidak didedahkan. Sumber: OHBulan |
ADVERTISEMENT