Sukarelawan yang terkenal dengan jolokan ‘Abang Viva’ atau nama sebenarnya, Azwan Omar sekali lagi menjadi bualan ramai di media sosial apabila tular sebuah rakaman siaran langsung di TikTok memaparkan dia ‘melamar’ seorang wanita.
Dia dilihat mengeluarkan kata-kata seakan-akan ingin melamar seorang wanita yang dipercayai kekasih hatinya dikenali dengan nama Evanoza telah mencuri perhatian pengikutnya ketika sesi siaran langsung tersebut. Menerusi rakaman yang dikongsikan, Azwan turut menunjukkan sebentuk cincin kepada wanita berkenaan sehingga membuatnya terkedu. “Ini serius, Evanoza binti Zakaria, sudi tak awak terima lamaran saya?.
“Saya tanya, terima atau tidak,” soalnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai tumpang gembira melihat kemesraan di antara mereka berdua serta mendoakan agar hubungan tersebut berakhir ke jinjang pelamin. “Tahniah untuk Abang Viva dan Eva, semoga kekal dan cepat-cepat kahwin,” kata seorang pengguna, “Terbaik la Abang Viva, lamar dalam live terus, malu kakak itu nak jawab, kalau dia tak nak, saya nak, lamar saya pun boleh,” seloroh pengguna lain. -CARI Sumber: Kosmo
|
nikaido replied at 27-6-2022 05:15 PM
abg viva pun nampak mcm dah hanyut dibuai dunia glamour. hal cinta pun masuk media sosial mcm artis
nikaido replied at 27-6-2022 05:15 PM
abg viva pun nampak mcm dah hanyut dibuai dunia glamour. hal cinta pun masuk media sosial mcm artis
nikaido replied at 27-6-2022 09:15 AM
abg viva pun nampak mcm dah hanyut dibuai dunia glamour. hal cinta pun masuk media sosial mcm artis
pyropura replied at 28-6-2022 01:03 AM
Nanti lepas 3 bulan kawin pukul bini.
bakingsoda replied at 27-6-2022 10:03 PM
siyes la nama sebenar evanoza
ADVERTISEMENT