Langkawi: Sebanyak 41 rumah yang dibina secara haram di tanah milik Permodalan Kedah Berhad (PKB) di Bukit Malut di sini, dirobohkan secara berperingkat mulai hari ini.
Operasi merobohkan struktur itu dilakukan selepas PKB mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi Alor Setar, yang membenarkan kerja terbabit dibuat pada 12 April lalu. Peguam mewakili PKB, Muhamad Aiman Mohd Nahzery berkata, sebanyak 41 rumah akan dirobohkan membabitkan kawasan seluas kira-kira 16.19 hektar. "Operasi hari ini dilakukan selepas PKB mendapat perintah Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 12 April lalu, dan dimulakan ke atas rumah yang ditinggalkan serta rumah yang masih dalam pembinaan.
"Ini kerana kita mendapat maklumat terdapat aktiviti jual beli membabitkan tanah di Bukit Malut tanpa kebenaran tuan tanah iaitu PKB," katanya ketika ditemui di sini, hari ini. Muhamad Aiman berkata, operasi itu juga sebagai memberi isyarat kepada penghuni lain di kawasan terbabit untuk tidak lagi melakukan jual beli tanah tanpa kebenaran. "Kita memberi tempoh cukup panjang kepada penduduk dengan notis (pengusiran) sudah diserahkan pada tahun lalu, sebelum melaksanakan tindakan ini. "Tumpuan diberikan kepada rumah tinggal dan masih dalam pembinaan kerana kita mahu memberhentikan aktiviti pencerobohan haram yang dilakukan secara berleluasa," katanya. Katanya, jumlah keseluruhan rumah termasuk dalam kawasan yang mendapat perintah mahkamah adalah sebanyak 89, bagaimanapun operasi meroboh ditumpukan kepada rumah tiada penghuni terlebih dahulu. Sementara itu, tinjauan di lokasi mendapati jalan Lencongan Bukit Malut yang menghala ke kawasan operasi ditutup dan dikawal anggota polis bagi mengelakkan orang ramai memasuki kawasan itu. Seorang wakil penduduk, Abdul Rahim Ali, 31, berkata, pihaknya berharap ada belas ihsan daripada pihak PKB untuk penduduk di kawasan Bukit Malut. "Kita hanya minta kerja meroboh ditangguh untuk rumah yang berpenghuni bagi membolehkan rundingan dibuat semula bersama PKB. "Kebanyakan penduduk rasa kecewa, sebab ramai yang sudah mengeluarkan modal yang besar sehingga RM40,000 untuk membina rumah mereka dan kini kami tidak tahu hendak ke mana sekiranya rumah dirobohkan," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata seramai 120 anggota penguatkuasa dari pelbagai agensi terbabit mengawasi operasi meroboh rumah terbabit.-CARI Sumber: Harian Metro
|
nikaido replied at 27-6-2022 05:26 PM
mana2 rohingya yg komplen xde rumah nak duduk tu boleh pergi rumah najib @ hadi @ walaun
Shazid replied at 28-6-2022 07:02 AM
Baca kt harian metro yg dirobohkan adalah rumah yg tidak berpenghuni je...rumah yg ada org tinggal x ...
ADVERTISEMENT