JAKARTA: Polis Jatinegara memberkas seorang lelaki berusia 21 tahun yang bertindak membakar rumah jirannya di Cipinang Muara.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Metro Jakarta Timur, Ahsanul Muqaffi berkata, motif suspek kerana berasa sakit hati akibat ditegur jirannya, Marfuah, kerana dia kerap membuat bising dengan bermain gitar sehingga larut malam. Beliau juga menegaskan pelaku tidak mengambil sebarang minuman keras mahupun di bawah pengaruh dadah semasa membakar rumah mangsa. “Suspek berada dalam keadaan sedar semasa berniat membakar rumah jirannya.
“Pada mulanya, pelaku membakar kain gendongan bayi, namun api tersebut tidak merebak ke seluruh ruangan bilik itu,” katanya. Suspek ditahan di Pejabat Polis Jatinegara dan pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung jenayah tersebut. -CARI Sumber: Utusan Online
|
ADVERTISEMENT