CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Selesa Menduda, Rashidi Ishak Takut Nak Kahwin Lagi

27-6-2022 04:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2119| Komen: 16

Selepas bercerai dengan aktres Vanidah Imran pada 2018, pelakon Rashidi Ishak mengakui pernah cuba mengenali beberapa wanita lain namun memberitahu hubungan tersebut tidak pernah menjadi dan kini lebih selesa hidup bersendirian.


Rashidi, 49, berkata, fasa mengenali wanita lain membuatkan dirinya sedar bahawa hubungan cinta bukan lagi keutamaan dalam hidupnya kini.


Foto: IG

"Jujur saya katakan, saya pernah keluar dengan beberapa orang wanita selepas bercerai. Ketika itu saya fikir mungkin perlu tunjuk diri masih menarik.

“Setiap orang yang bercerai pasti akan ada rasa ingin memiliki orang lain dalam diri. Tetapi apabila saya sendiri melaluinya, saya sedar bahawa bukan itu yang saya mahukan.


“17 tahun saya dalam alam perkahwinan sebelum ini... untuk kembali mendirikan rumah tangga mungkin tidak,” katanya kepada mStar.



Pun begitu kata Rashidi, meskipun tidak pernah menutup pintu hatinya untuk kehadiran wanita lain dalam hidupnya namun dia mengakui berasa takut untuk memberi komitmen baharu dalam hubungan lebih serius.

Pelakon drama Kampung People ini memberitahu ketika ini fokusnya adalah kepada kerjaya seni selain aktiviti harian yang boleh membuatkan dirinya berasa seronok dan tenang.



"Saya tak fikir mahu ada komitmen seperti sebelum ini, mungkin juga rasa takut.

"Masa saya sekarang banyak dihabiskan dengan kerja. Jika tidak terlibat dengan penggambaran, saya akan menulis atau bermain muzik. Setakat ini, itu yang memberi keseronokan kepada saya," ujarnya.

Untuk rekod Rashidi bercerai dengan Vanidah pada Ogos 2018.



Mereka mendirikan rumah tangga pada Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata itu Mikhail Imran dan Mariam Rashika.

Rashidi ditemui ketika majlis sambutan ulang tahun aplikasi Sooka serta pelancaran drama terbaharu lakonannya berjudul Hantu Raya Pergi Perang yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis lalu.



Bercakap tentang drama tersebut, kata Rashidi dia setuju menerima tawaran berlakon dalam drama tersebut kerana merasakan watak Osman Buaya yang diberikan tidak pernah dibawakan sebelum ini.

“Karakter Osman Buaya dalam drama ini tak pernah saya bawakan. Dia seorang yang sangat toksik dalam hubungan keluarga tetapi disampaikan dalam bentuk komedi.

“Cerita ini mengandungi unsur-unsur sindiran kemasyarakatan,” jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DayangKirana 27-6-2022 05:02 PM
Shidi ni nampak wangi sikit compared to duda yang sorang tuh..
Quote dejure 27-6-2022 05:04 PM
Tak kisah ke nnt bil air lama tertunggak? Takkan klu horny pakai pussy palsu bayar bil air.ke adik tu dah tak berfungsi? Tuu psl vee minta cerai agaknya
Quote nakkomenjugak 27-6-2022 05:31 PM
Jangan terkena love scam yachhhhhh acik cd
Quote lolipopmanish 27-6-2022 05:34 PM
Okehhhhh noted
Quote lolipopmanish 27-6-2022 05:34 PM
Okehhhhh noted
Quote cruz2 27-6-2022 05:35 PM
Ruginya abah shidi ooooiii
Quote babelina 27-6-2022 05:53 PM
apa la yg membuat kn dia takut sgt nk kawin tuuuuu...
Quote Shazid 28-6-2022 08:30 AM
Suka tgk die dlm iklan levi!
Quote silampumeja 28-6-2022 08:59 AM
Kan dia cakap, dia dh cuba kenal2 tp dah tak berapa nak berpasanganlah ... Single cukup sudah... Huhuhu
Quote wirazam 28-6-2022 09:07 AM
Baby ara xnak kenal ke dgn yg ini..??
Quote prince_marhaen 28-6-2022 10:56 AM
heols kalau bersiap tasty sungguh eh... kalau tak bersiap tu meols rasa nak mandi-mandikan jekk...ehhh!!
Quote ashcroft86 28-6-2022 11:18 AM
Hi daddy shidi! I pon tgh single dan x mau kawen. Boleh je knal2. argichewww.
Quote Aneem 28-6-2022 11:54 AM
Yg lelaki takut, yg pompuan pulak rengsa kehausan
Quote Moyangkucing 28-6-2022 12:03 PM
Yang sorang lagi pulak tak sabar2 nak kawen lagi... hmmmm
Quote pujanggacinta 28-6-2022 04:15 PM
bila umur meningkat mmg rasa letih jgk nak bermula dari a...
anak2 pun dah besar
byk la masa utk diri sendiri
Quote None68 28-6-2022 11:27 PM
Xde duit kot

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.124302 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top