Yoe Parey menjelaskan terpaksa menutup gerai goreng pisang miliknya yang beroperasi sebelum ini di Kampung Padang Pak Amat, Pasir Puteh akibat masalah tertentu.
Yoe Parey atau nama sebenarnya Mohammad Ashrul Hakim Lukman berkata, keputusan ini dibuat kerana kecewa gerainya kerap dipecah masuk. "Tiga kali kedai saya kena pecah masuk. Saya buat laporan di Balai Polis Pasir Puteh dan mereka datang buat siasatan. "Sekarang kedai ini diserahkan kepada orang lain yang jual ayam. Saya pula tolong ayah buat budu yang dah lama diusahakan. Saya pergi hantar budu ke kedai runcit. "Satu dozen harganya cuma RM20. Kalau jual sebotol biasanya RM2 sahaja. Bagi saya berlakon dan berniaga ada keseronokan yang tersendiri," katanya kepada Harian Metro. Terdahulu, Yoe dan Asif dipopularkan oleh Syahmi Sazli menerusi drama pendek di YouTube sebelum diangkat menjadi bintang utama filem Mael Totey The Movie yang berjaya mengutip lebih RM6.4 juta sepanjang ditayangkan di Astro First sejak 22 Oktober tahun lalu.
|
ADVERTISEMENT