Menjaga informasi manusia adalah perkara yang amat penting kerana ianya mempunyai maklumat yang besar seperti, nama, alamat, nombor telefon dan lain-lain lagi. Baru-baru ini, di Jepun, seorang pekerja dilaporkan telah menghilangkan pemacu USB yang mempunyai sesetengah juta maklumat peribadi penduduk sebuah bandar di Tokyo, Jepun. Difahamkan, pekerja itu telah meletakkan pemacu USB itu didalam begnya sebelum keluar minum bersama rakan sekerja di bandar Amagasaki. Pekerja itu menghabiskan masa selama beberapa jam untuk minum di sebuah restoran tempatan sebelum akhirnya mabuk dan tidur di tepi jalan.
Tak lama kemudian, lelaki itu tersedar bahawa beg dan pemacu USB yang dibawa bersamanya telah hilang dan setakat ini pemacu USB masih tidak dijumpai lagi. -CARI |
ADVERTISEMENT