CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Tergamak Pukul Ibu Dengan Batu Berulang Kali Sampai Mati

27-6-2022 04:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1573| Komen: 6

Seorang remaja berusia 18 tahun tergamak  memukul ibu kandungnya menggunakan batu sehingga wanita itu meninggal dunia.

Tribunnews melaporkan, kejadian berlaku di medan Indonesia dan suspek sudah pun ditahan polis.

Salah seorang jiran mangsa terlihat wanita berusia 54 tahun itu sudah terbaring kaku di atas katil dengan keadaannya berlumuran dengan darah. 

Foto: Tribunnews


Susulan daripada penemuan itu, individu berkenaan bergegas memaklumkan kepada jiran lain selain melaporkan kepada ketua kampung dan pihak polis. 

Setibanya di lokasi kejadian, pihak polis mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat dipukul menggunakan objek tumpul.

Semasa pemeriksaan mayat, pihak berkuasa menemui kesan lebam pada seluruh badan mangsa sebelum pihak polis mula menjalankan siasatan selanjutnya.

Mereka mendakwa mangsa sebenarnya telah dipukul berulang kali oleh anak lelakinya menggunakan batu.

Pihak polis kemudian giat menjejaki remaja berusia 18 tahun itu dan akhirnya suspek berjaya ditahan. Suspek disyaki mengalami gangguan mental namun pihak bertanggungjawab akan melakukan pemeriksaan kesihatan termasuk ujian psikologi terhadap suspek. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 27-6-2022 04:18 PM
rasa bukan gangguan mental tapi mental tingtong dek dadih..
Quote Shazid 28-6-2022 07:21 AM
Ni mesti mendadih sampai hilang kewarasan....boleh tak hukum dgn cr yg sama bunuh ibu die...biar die merasa azabnya dipukul sebelum mamposssssss
Quote Simunggu 28-6-2022 07:54 AM
desakan hidup..manusia hilang pertimbangan...

betulah apa Quran cakap...tiada harta manusia jadi kufur
Quote MissyMolly 28-6-2022 07:56 AM
Yih.. bendera mana bendera.. ingt malaysia
Quote che-cikL 28-6-2022 10:00 AM
berita caprut.jpg
Quote mdhelmi 28-6-2022 10:20 AM
kalah berderet2 main rank pon bole jadi jugak

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.163696 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top