Bukan mudah untuk membesarkan anak-anak dalam rumahtangga dalam serba kekurangan, kadang-kala terasa begitu sukar untuk meneruskan hidup. Namun berbeza pula ceritanya mengenai seorang wanita yang dikenali sebagai Yoona Chiee yang kelihatan begitu bahagia walaupun hidup dalam kesusahan. Malah, setiap hari pasti Yoona akan memuat naik video mengenai kehidupan hariannya.
Walaupun Yoona memuat naik kandungan hanya sekadar suka-suka, namun dia juga tidak terkecuali dalam menerima kecaman segelintir pihak. Lebih menyedihkan apabila terdapat pihak yang menghina keadaan rumahnya seperti ingin roboh. Namun, wanita ini tidak terguris dengan kata-kata itu dan akui bahawa dia hanya memuat naik kandungan untuk menghiburkan diri untuk terus semangat menguruskan kehidupan keluarganya.
Baru-baru ini, Yoona telah memua tnaik video terbaru di akaun Tiktok miliknya. Menerusi video itu, kelihatan Yoona tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya apabila seorang fpengikut telah memberikan hadiah berupa laci baju. Wanita itu juga mendakap perabot itu beberapa kali sebagai tanda terima kasih. Wanita itu juga menjelaskan bahawa tidak mungkin dia dapat membalas jasa individu itu, namun dia mendoakan agar individu itu sentiasa dimurahkan rezeki.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu dengan individu yang sanggup memberikan hadiah kepada Yoona. Di samping itu, ramai yang mendoakan agar Yoona sentiasa kuat dalam meneruskan kehidupannya. -CARI