CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Naik Mulai 1 Julai, Ramai Dah Mula Buat Pembelian Panik!

27-6-2022 02:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3964| Komen: 31

PETALING JAYA – Orang ramai dilihat sudah mula membuat pembelian panik pada minggu ini ekoran kadar harga barang yang dijangka meningkat mulai 1 Julai nanti.

Di laman sosial kebanyakan individu telah membuat pembelian barang keperluan terutama barang basah seperti ayam, ikan dan sayur.

Lebih mengejutkan, terdapat segelintir pengguna mendakwa bahawa kebanyakan harga barang sudah mula dinaikkan biarpun belum memasuki Julai.


Gambar Hiasan

Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai meluahkan perasaan takut serta tidak dapat membayangkan kadar harga baharu yang akan dilaksanakan selepas ini.


“Bukan sahaja ayam, barang lain pun sudah naik. Minggu lalu beli tepung satu kilogram (kg) RM2.50, tetapi beli hari ini sudah jadi RM2.80. Macam ambil kesempatan pula,” kata Yatie menerusi satu hantaran di laman Facebook.

“Semua barang naik mendadak. Kalau boleh beli, baik beli sekarang. Banyak lagi barang akan nak 1 Julai ini seperti ayam, minyak masak dan tepung. Tak dapat nak bayangkan harga selepas ini,” ujar Izzah Razak.

“Saya selalu beli biskut ini dengan harga RM7 tetapi kelmarin harganya sudah menjadi RM10. Terkejut saya. Mencabar sungguh sekarang ini, belum 1 Julai lagi barang semua dah naik,” seloroh Herlyza.

Terdahulu dilaporkan bahawa kenaikan harga barang dijangka meningkat 30 peratus akibat pemansuhan harga kawalan si­ling ayam, telur ayam dan subsidi minyak masak tulen bagi pek kemasan botol yang tidak akan diteruskan mulai 1 Julai ini. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ilacantik 27-6-2022 02:24 PM
Sesiapa yg ada stockpile di rumah, boleh lah gunakan dulu to cushion the price increase. Sesambil tu bolehlah ubahsuai budget bulanan utk menghadapi kenaikan harga yg inevitable ini. Nak komplen pun, harga barang seluruh dunia naik mendadak. Sekarang ni, cara hidup frugal dan minimalis sangat tepat utk diamalkan. Survival lebih penting.
Quote saviour_09 27-6-2022 02:47 PM
pelan2 kayuh laaa

dah korang borong semua yg 'murah', tinggal yg mahal je la kat kami marhaen tak berapa nak berduit ni nanti ye dak?

Quote vespa_oren 27-6-2022 02:53 PM
Org Lepas gaji memg ramai shopping, Hari Tu minggu last sblm gaji memang lenggang jer
Quote glump 27-6-2022 03:01 PM
Tul semalam peruncit kat umah nie siap cakp apa sal tah Pagi2 org datang nak beli minyak 5kg sorang 2 botol..Mana ada stok banyak tu..bila ckp yg org standby takut Naik bila 1 july or mungkin persiapan aidiladha.
Tapi tepung dulu paket sekilo $2.40 sekarang paket 850grm dah $2.40. nampak sama harga .. quantity dah berkurang.
Quote totokreturn. 27-6-2022 03:05 PM
Ya Allah, selamat kan la negara ku ini
Quote Skuau 27-6-2022 03:08 PM
totokreturn. replied at 27-6-2022 03:05 PM
Ya Allah, selamat kan la negara ku ini

....drp warga asing,kapitalis dan politikus yg merosakkan bumi Msia ini.
Quote green~tea 27-6-2022 03:13 PM
vespa_oren replied at 27-6-2022 02:53 PM
Org Lepas gaji memg ramai shopping, Hari Tu minggu last sblm gaji memang lenggang jer

Kann i rasa pun sbb ni je sbnrnya.. sbb semalam or was it the day before, i nak makan kat padi kat cyber tu.. penuh gilaaaaaaaaa semua resto situ... old town pun penuh.. padahal precovid situ sunyi je nak dating pun selesa.. hehehe
Quote mamajawie 27-6-2022 03:15 PM
aku dari minggu lepas cari minyak botol 5kg siap berebut ngan orang..bodo tol tu bukan tahap minyak paket tau tapi minyak botol
Quote AbukRokok 27-6-2022 03:58 PM
totokreturn. replied at 27-6-2022 03:05 PM
Ya Allah, selamat kan la negara ku ini

sambil menikmati musang king 101 dan udang melah

Quote matseh 27-6-2022 04:04 PM
Kawan2 sini dah cakap2 nk cuti. Nak gI shopping groceries this week.
But Lotus pun dekat. 5 min drive
Quote Suchi 27-6-2022 04:13 PM
Edited by Suchi at 27-6-2022 04:18 PM

Pada masa skrg ni utamakan keperluan drpd kehendak.
Kita makan utk hidup bukan hidup utk makan, tak semestinya kena masak beria2 bagai utk makan cukuplah buat kita rasa kenyang.

Takpela iols soping la 1hb tu hahahah btw sehari sblm berita kata minyak bakal takde subsidi tu iols baru je beli minyak masak hat 5kg tu sebotol.
Biasa pun mmg beli sebotol tu je kadang2 topup ngn minyak paket kalau perlu.
Quote msdummy.2018 27-6-2022 04:14 PM
green~tea replied at 27-6-2022 03:13 PM
Kann i rasa pun sbb ni je sbnrnya.. sbb semalam or was it the day before, i nak makan kat padi kat ...

Sblum.cobid pun memanjang penuh
Quote hayrin86 27-6-2022 04:35 PM
Lepas nih sambut Hari Raya Haji kat umah aje la..
Quote alesandra 27-6-2022 04:47 PM
kat tempat aku ni diorg neh gi hoarding minyak masak tu kat lotus buatpe?kat aeon elok je byk stok  tersusun minyak sama jugak regenya
Quote pu3_rania 27-6-2022 05:26 PM
Minggu lepas kawan yang berniaga kuih-muih bersungut coz kebanyakan barangan keperluan harian naik 30%
Dia jadi serba salah dan tak sampai hati samada nak naikkan harga kuih @ kecil kan saiz kuih ibarat 'Di telan mati emak, diluah mati bapak'
Sampaikan dia cakap 'Cepat lah pilihan raya aku dah tak sanggup nak hadap harga barang yang melampaui naik, pendapatan tak seberapa tapi kena tanggung bebanan kenaikkan harga barang yang mencanak-canak
Quote Lagubestbest 27-6-2022 05:38 PM
Grocery ni I tak makan melampau macam dulu dah, tapi duit habes jugak buat beli barang2 exercise. cuma kopi tu.. tang yg ada ginseng semua tu dah cecah hampir rm20 sepaket. Berapa sachet je dalam tu. Kacang pun dah hampir 20 dah sepaket. Rempeyek pun hampir 20 dah sebalang. Baru 3 barang I sebut tu, bukan tahan sebulan pun tu, untuk sorang je tu takkan tanak share?
Quote gekkou 27-6-2022 05:44 PM
so buang la tabiat makan roti, makan jajan, makan biskut, makan kudap2 etc
jimat pun jimat ha
Quote becir 27-6-2022 07:21 PM
Bolehla rakyat start belajar ikat perut..no more snacking, makan 2x sehari..moga turun kadar obesity
Quote lanacondor 27-6-2022 08:26 PM
Pikir x nasib ibu2 tunggal yg suami meninggal ms covid..ank2 kecik.sblm ni pon mkn n ngn telor.nk ikat perut cmn la org2 yg sedia ssh..kalau korg de rezeki hulur la jiran2..kdg dorg syp sb malu nk meminta2

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.045252 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top