CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hina Islam, Pub Promosi Arak Percuma Kepada Pelanggan Bernama Muhammad

27-6-2022 12:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1328| Komen: 7

JAKARTA: Semua cawangan pub terkenal, Holywings digesa ditutup selepas didakwa sengaja menghina agama Islam menerusi promosi minuman beralkohol.

Menerusi media sosial, pub itu membuat promosi minuman beralkoho percuma setiap hari Khamis untuk pelanggan yang bernama Muhammad dan Maria.

Promosi itu mencetuskan kemarahan pelbagai pihak, terutamanya masyarakat beragama Islam di seluruh negara, termasuk dari Jakarta sehingga Surabaya.

Foto: CNN Indonesia

Persatuan Pelajar dan Mahasiswa Pemuda Pancasila Makassar menyifatkan promosi yang dilakukan Holywings amat keterlaluan dan melukai masyarakat Islam.


Sehubungan itu, persatuan tersebut meminta pub berkenaan memohon maaf.

“Kenapa perlu sebut nama Muhammad? Ada banyak nama lain tapi kenapa nama Muhammad yang dipilih?

“Mustahil Holywings tidak tahu sensitiviti agama di negara ini dan nama Muhammad itu tinggi darjatnya dalam agama Islam,” kata ketua persatuan tersebut, Husnul Mubarak kepada CNN Indonesia.

Gerakan Pemuda Ansor Surabaya turut mengecam Holywings dan meminta pihak berkuasa mengharamkan operasi pub tersebut di seluruh negara.

Kumpulan pergerakan itu juga menggesa gabenor Surabaya, Eri Cahyadi bertindak tegas terhadap pengurusan Holywings yang ternyata tidak sensitif terhadap agama.

Di Jakarta, kecaman turut dibuat oleh Ketua Pimpinan Pusat Muhammadiyah, Dadang Kahmad.

“Tindakan Holywings amat memalukan. Nama yang menjadi simbol Islam dibuat main-main. Apakah yang mereka fikir?,” ujarnya.

Sementara itu, enam pekerja Holywings sudah ditahan polis bagi membantu siasatan kes berkenaan. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batu kikir 27-6-2022 01:00 PM
Kok sate ularnya di mana?
Islam tapi makan ular,  biawak........
Itu sebab Islam dipermainkan di Indon.  
Quote Skuau 27-6-2022 01:03 PM
batu kikir replied at 27-6-2022 01:00 PM
Kok sate ularnya di mana?
Islam tapi makan ular,  biawak........
Itu sebab Islam dipermainkan di I ...

benar pak..masuk secara HARAM,tinggal secara HARAM,kerja secara HARAM,buat kerja HARAM...4 HARAM pak...indon lagi.
Quote batu kikir 27-6-2022 02:11 PM
Skuau replied at 27-6-2022 01:03 PM
benar pak..masuk secara HARAM,tinggal secara HARAM,kerja secara HARAM,buat kerja HARAM...4 HARAM p ...

Itulah Indon yg tak habis2 nak mendonia. Baru masuk G20 (bukan G7 pun) dia punya lagak......macam dialah kuasa besar ekonomi dunia.  Tapi bila masuk bab GDP per capita.......masing2 tak ber kutik.  Senyap seribu bahasa
Quote Dwdrum 27-6-2022 02:37 PM
Sudah mahu provok better bagi free kepada semua muslim... Sudah tahu issue sensitives buat juga....
Quote matseh 27-6-2022 03:17 PM
Cer suruh buat free beef to all Balineses.
Tgk apa jadi
Quote M5 27-6-2022 04:15 PM
Depa promo alkohol free beer. Yg nak sentap mengelupur mcm babi dah kenapa? Asal jadi isle musti kena sensitif kehulu sensitif kehilir. Ni la kesan minum air kencing unta berlebihan. Biul otak
Quote Shazid 28-6-2022 08:20 AM
Pub pun satu hal...x kn lah x de common sense nk guna nama muhamad tu utk promosi arak...kt mana logik akal mereka di negara yg mmg majoriti islam....sengaja cari pasal!

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.214830 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top