Masih heboh diperkatakan ramai orang, Ifa Raziah, meluahkan rasa hairan mengapa warganet begitu tidak senang hati dengan gelaran Datuk yang diterimanya sejak tujuh tahun lalu.
Menurut Ifa, ada atau tidak gelaran tersebut, hakikat sebenar yang semua pihak harus tahu adalah dia tetap berhempas pulas bekerja demi mencari pendapatan hidup. “Lantaklah kalau orang masih lagi nak pertikai pun. Ada atau tidak gelaran itu, hidup saya sama saja. Tetap kena kerja. Tak ada beza. “Benda ini, daripada hari itu lagi saya cakap, tak ada isu pun. Kalau betul saya ini bongkak nak suruh orang wajib panggil diri dengan gelaran Datuk itu, dah lama dah saya akan suruh.
“Tapi tidak bukan? Orang tetap panggil saya Ifa.Melainkan untuk tujuan majlis rasmi, biasanya saya lebih selesa dipanggil Ifa sahaja,”katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia baru-baru ini.
|
ADVERTISEMENT