CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cikgu Sanggup Berhabis RM20,000 Untuk Korban Lembu Sado

27-6-2022 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1143| Komen: 8

Seorang guru di Temerloh sanggup menghabiskan RM20,000 untuk mendapatkan seekor lembu sado jantan seberat hampir 1000 kilogram (kg) sempena sambutan korban tahun ini.


Azura Ilyani Alias, 38, yang juga seorang usahawan memberitahu, tahun ini beliau ingin mencari kelainan untuk sambutan korban.


Azura membeli lembu sado berharga RM20,000 daripada Mat sempena sambutan korban tahun ini

"Saya berbincang bersama suami dan dia menyokong pilihan untuk memilih lembu sado kali ini.

"Lembu baka Charolais dari Perancis ini akan dikorbankan di Masjid Makmur Kampung Losong Dato Amar di Kuala Terengganu pada sambutan hari raya kedua Aidiladha nanti," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.


Beliau ditemui bersama suaminya, Roslan Basri, 46, di Sungai Kepong dekat Lanchang.

Tambahnya, beliau mengambil peluang selepas negara dilanda Covid-19 sejak beberapa tahun lalu untuk memeriahkan sambutan korban kali ini.


Mat bersama lembu sado, Boy dengan berat mencecah hampir 1000kg dibela sejak lahir

Sementara itu, pemilik lembu, Mat Abdul Wahid, 42, memberitahu walaupun sayang terhadap lembu yang diberikan nama "Boy", namun kekangan kos khususnya makanan yang semakin tinggi menyebabkan dia melepaskan lembu berusia 2 tahun 9 bulan itu.

"Kos makanan iaitu palet bersama rumput napier mencecah lebih RM15 sehari untuk "Boy" sahaja.

"Jadi bila ada tawaran harga yang menarik ini saya lepaskan walaupun sayang sebab pelihara sejak lahir lagi selain manja dengan saya," ujarnya.

Tambahnya, untuk sambutan korban kali ini, sebanyak 10 ekor lembu termasuk "Boy" sudah ditempah pelanggan.

"Syukur memang tahun ini rezeki untuk saya selepas beberapa tahun terjejas akibat Covid-19," katanya lebih 10 tahun terbabit dalam aktiviti ternakan tersebut.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 27-6-2022 12:01 PM
Ala2 wagyu ni..
Quote Artemesiaa 27-6-2022 12:50 PM
Kalau mampu apa salahnya isi pun banyak nampaknya
Quote musangbodoh 27-6-2022 01:17 PM
alhamdulillah....tahniah mat dan boy...dan cikgu tu
Quote dua_chzy 27-6-2022 01:27 PM
Kesian pula lembu tu. Dah nasib barang makan.
Quote glump 27-6-2022 01:44 PM
ibadah korban pun dah boleh jadi ala2 OOTD . sedih
Quote saviour_09 27-6-2022 03:01 PM
so long & goodbye boy
Quote imransulaiman 27-6-2022 05:45 PM
Edited by imransulaiman at 27-6-2022 05:47 PM

*deleted*.                              
Quote imransulaiman 27-6-2022 05:46 PM
Perlu jadi berita ke? Tapi bila baca yang cikgu tu pun seorang usahawan, mungkin penting bagi dirinya untuk diketahui umum.

Semoga keikhlasan ibadah qurban tidak goyah..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.035538 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top