CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kurung Tiga Anak Dalam Rumah- Muka Pucat Lesi, Dah Setahun Tak Kena Matahari

27-6-2022 11:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1862| Komen: 5

JAKARTA – Masyarakat Kota Balikpapan dalam wilayah Kalimantan Timur dikejutkan dengan penemuan tiga orang kanak-kanak perempuan berusia enam, 10 dan 14 tahun yang dikurung di dalam rumah mereka di Perumahan Sosial RT 28, sejak setahun lalu.


Menurut laporan laman KlikKaltim, penduduk kampung beramai-ramai pergi membebaskan tiga kanak-kanak tersebut selepas perkara sebenar diketahui.

Ketika didatangi petugas masyarakat dan penduduk setempat, rumah tersebut berada dalam keadaan terkunci dari luar. Di salah satu bilik tidur, terdapat kunci mangga yang dipasang lebih daripada satu.


Foto: Istimewa

Keadaan bilik yang menempatkan kanak-kanak berkenaan juga amat menyayat hati dengan ruangan sempit seperti bilik tahanan.

Ketua kampung, Alpirawan, mengesahkan penemuan tiga kanak-kanak tersebut. Menurutnya, perkara itu terbongkar selepas mereka sudah lama tidak melihat kanak-kanak tersebut bersekolah.

“Pihak sekolah pernah datang bertanya mengenai keadaan tiga kanak-kanak itu kerana tidak pernah datang belajar.

“Mereka juga sudah setahun tidak dilihat keluar rumah atau bermain di kawasan sekitar,” kata Alpirawan.

Menurut Alpirawan, ibu bapa mangsa mendakwa ketiga-tiga anaknya berada di sekolah asrama di Jawa, namun ia tidak dapat mengurangkan rasa curiga lelaki itu.

Justeru, dia memutuskan untuk melaporkan hal tersebut kepada Jabatan Masyarakat Kelurahan Batu Ampar mengenai kemungkinan ada kanak-kanak dikurung di dalam rumah.

Ketika ketiga-tiga mangsa ditemui, mereka berada dalam keadaan tertiarap dan lemah. Wajah mereka juga pucat kerana sudah setahun tidak melihat cahaya matahari.

Menurut Alpirawan, ibu bapa mangsa dikatakan sudah berpisah dan si suami sangat takut pada isterinya malah sudah lama tidur di luar rumah.

Ketiga-tiga kanak-kanak anak tersebut telah dibawa ke Unit Pelaksanaan Teknikal Perkhidmatan (UPTD) Perlindungan Perempuan dan Anak (PPA) Balikpapan untuk siasatan lanjut. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 27-6-2022 11:40 AM
suami takut sungguh pada bini
Quote Suchi 27-6-2022 11:48 AM
Jadi si mak ke yg kurung budak2 tu?
Siannya dah endemik dorang masih terkurung dan lebih sadis langsung tak kuar bilik.
Apa jela dorang boleh buat dlm bilik sempit tu? Elok2 normal pikiran boleh jadi mereng, org kat penjara pun ada mcm2 aktiviti.

Suami takut ngn bini sampai tidur kat luar, ank2 plak kurung dlm umah tk bg kuar langsung.
Kesian anak2 dapat mak pak yg sudah rusak pikirannya.
Quote tungkai 27-6-2022 11:48 AM
Bini kaki mandrem ke apa sampai laki takut?
Quote azie5zoe 27-6-2022 01:11 PM
Tertiba teringat cerita Do Re Mi dengan ahli mesyuarat tingkap yang kena piat telinga dengan bini.
Quote musangbodoh 27-6-2022 01:42 PM
'jaga tepi kain orang' pun ade guna tau

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.039715 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top