NEW DELHI – Seorang lelaki bertindak di luar kebiasaan apabila membawa ular yang menggigit isterinya ke hospital bersama-sama mereka dalam satu kejadian baru-baru ini, lapor laman Gulf News.
Kejadian berlaku di di Afzal Nagar, negeri Telangana, India apabila seekor ular menggigit kaki isteri seorang penduduk kampung bernama Ramendra Yadav. Jika kebiasaannya ular akan dipukul sehingga mati atau dihalau keluar, Ramendra bertindak menangkap ular tersebut dan memasukkannya ke dalam botol. Dia kemudian membawa isteri dan ular ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.
Doktor bertanya tujuan Ramendra membawa ular tersebut bersamanya ke hospital. “Ini sebagai persediaan sekiranya doktor bertanya ular jenis apa yang menggigit isteri saya. Saya boleh terus tunjukkan kepada mereka. “Saya akan lepaskan ular ini kembali ke hutan selepas isteri saya dibenarkan keluar hospital,” kata Ramendra. -CARI Sumber: Kosmo
|
_blackbird replied at 26-6-2022 07:59 PM
bawa sampling terus senang doktor nak prescribe antidote
Rockafella replied at 27-6-2022 12:01 PM
Betul la cara dia tu. Apa yang luar biasanya? Nanti doktor tanya ular apa, suami jawab tak tahu. Dah ...
musangbodoh replied at 27-6-2022 01:44 PM
hye rock lama cuti ko...........
ADVERTISEMENT