CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Boleh Dimakan Mentah Atau Cicah Dengan Sos- Ramai Ghairah Makan 'Zakar Anjing'

27-6-2022 11:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2162| Komen: 19

Laporan mengenai ribuan ikan berbentuk kemaluan lelaki yang terdampar di pantai pernah menggemparkan warga California, Amerika Syarikat pada tahun 2019.

Biarpun kelihatan aneh, ikan zakar atau nama saintifiknya Urechis unicinctus yang juga spesies cacing sudu merupakan salah satu menu kulinari ekstrem di Korea Selatan yang mempunyai ramai peminat.

Menu itu dipanggil gaebul yang bermaksud "zakar anjing" dalam bahasa Korea dan diklasifikasikan sebagai kulinari ekstrem kerana dihidangkan mentah seperti sashimi di Jepun.


Foto: Getty Images

Secara tradisinya, ia dihidangkan mentah dengan cara dihiris dan dicicah bersama sos pedas yang diperbuat daripada minyak bijan dan garam serta sos asam pedas yang diperbuat daripada cuka dan pes cili Korea (gochujang).


Gaebul dijual secara meluas di restoran dan gerai jalanan di Korea Selatan, termasuklah di Pasar Ikan Noryanjin di Seoul.

Laman web Sunny Side Circus mendedahkan tekstur ikan zakar sangat kenyal apabila dikunyah dan biasanya mempunyai rasa neutral apabila masuk ke dalam mulut.

Namun, apabila anda menggigit, anda akan mendapat rasa yang sedikit hanyir dan masin.

Sesetengah orang menganggap rasanya seperti kerang, malah terdapat juga sentuhan kemanisan apabila ia dibilas dengan air laut.

Namun, rasa masin itu biasanya akan hilang sekiraya ia dicuci bersih menggunakan air paip oleh pekerja restoran.

Selain dihidangkan mentah seperti sashimi, ikan zakar juga sering dibakar dengan lidi seperti sate. -CARI

Sumber" mStar/ Detik.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 27-6-2022 11:31 AM
Kenapa panggil ikan sedang kan worm species....
Quote _blackbird 27-6-2022 11:57 AM
dah bubuh nama dulu kot sebelum identify species. ahahah
Quote Artemesiaa 27-6-2022 12:53 PM
Kalau tgk macam tu mesti ramai tak lalu. Tapi bila dah dipotong2 pasti tak tahu rupa asalnya lagi.
Quote Nurul8001 27-6-2022 01:50 PM
Takpe ke makan cacing? Pelik2 la deme ni. Cacing takkan mati dalam perut
Matilah nanti dia menjalar, makan otak, mata, bagai.
Quote intan244 27-6-2022 11:11 PM
muslim boleh makan kah
Quote n3ar 27-6-2022 11:13 PM
Bagi kt geng kpop tengok dorang snggup tak makan
Quote lemak_masin 27-6-2022 11:55 PM
Gelinye,
Dah ler ropa jijik, cacing plak tu..
Quote naina 27-6-2022 11:56 PM
Nurul8001 replied at 27-6-2022 01:50 PM
Takpe ke makan cacing? Pelik2 la deme ni. Cacing takkan mati dalam perut
Matilah nanti dia menj ...

Eeii scary uuu
Quote eyansss 28-6-2022 02:53 AM
Nurul8001 replied at 27-6-2022 01:50 PM
Takpe ke makan cacing? Pelik2 la deme ni. Cacing takkan mati dalam perut
Matilah nanti dia menj ...

diorang ni ala2 china vietnam tu semua jugak...  makan segalamala menda pelik...  tapi serious aku tak tertelan la sebab cacing kan...  adeh...
Quote Shazid 28-6-2022 07:04 AM
binatang2 pelik-pelik ni mmg sedap ke??
Quote pearl.silver 28-6-2022 07:09 AM
Kan ada satu mcm siput tu sebijik kemaluan laki. Kt tiktok selalu tgk puak2 cina/korea ngap benda tu
Quote mdhelmi 28-6-2022 09:25 AM
takde rupa zakar pun
sebab takde helmet jerman
Quote intan_smsb 28-6-2022 10:11 AM
bodo nye
Quote ainonymous 28-6-2022 11:00 AM
cacing kannn...ko main sental je ek. esok keluar covid lain pulak
Quote tompie 28-6-2022 11:25 AM
mdhelmi replied at 28-6-2022 09:25 AM
takde rupa zakar pun
sebab takde helmet jerman

belum dikhatankan cacing ni..
mcm cacing biasa aje.. cuma saiz jumbo.
Jangan lepas ni ada cerita doktor terpaksa mengeluarkan menatang ni dari dlm kemaluan manusia sudah ahh..
Quote Simunggu 28-6-2022 11:41 AM

sup tropido org makan..

tapi anjing/babi kan haram
Quote plywood 28-6-2022 12:04 PM
Ini supaya tak jijik orang tengok sebagai protein. Kalau masak matilah kuman virus dalam tu boleh dah makan..

Siapa yang dah pernah try.. cerita skit  
Quote MengkuduMasam 28-6-2022 02:45 PM
sama species ngan bronok laa nih
Quote bakingsoda 28-6-2022 03:05 PM
spesis cacing panggil ikan nama anjing

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.118603 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top