Seorang wanita membuatkan ramai pelayar TikTok terkejut selepas mendedahkan bahawa dia mempunyai nafsu terhadap pagar.
Kedengaran tidak masuk akal, namun kecenderungan seksual terhadap objek tidak bernyawa sememangnya wujud. Wanita bernama Erika LaBrie itu pada asalnya menjadi terkenal kerana pernah berkahwin dengan Menara Eiffel selepas dokumentari mengenai tarikannya terhadap objek tidak bernyawa diterbitkan. Video mengenai nafsu pelik yang dikongsi olehnya menerusi TikTok ternyata meraih perhatian ramai.
Sedutan video daripada dokumentari yang dikongsi semula ke TikTok meraih lebih 1.4 juta tontonan. Apa yang berlaku kepada Erika dikenali sebagai 'objectum sexual' iaitu seseorang mengalami tarikan romantis dan seksual terhadap objek tidak bernyawa. "Saya tidak sangka untuk menemui pagar seperti ini di sini. Ia sempurna, maksud saya ini adalah bentuk yang saya sangat suka. Sudut ini? Hebat. "Pagar adalah objek yang berbahaya bagi saya kerana ia sangat sempurna dalam geometri mereka. "Maksud saya, saya perlu mengatakan terdapat banyak perkara fizikal yang berlaku sekarang," ujarnya. Tambah Erika, hubungannya dengan objek tidak bernyawa sama sahaja seperti hubungan normal antara manusia. "Saya fikir itu berlaku antara hubungan manusia juga. Saya sememangnya tertarik secara fizikal dengan pagar ini dan saya ingin mengenali pagar ini dengan lebih dekat," ujarnya. -CARI Sumber: mStar/ Daily Star
|
sharlenetexas replied at 27-6-2022 03:23 PM
Jangan pula bernafsu dgn menara berkembar klcc.
miemiecha replied at 27-6-2022 07:20 AM
so efel di curangi ngan pagar je??
downred dr efel ke pagau???
demmit!! i feel u efel
dua_chzy replied at 27-6-2022 11:04 PM
Kasian Epel.
ADVERTISEMENT