CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengasuh Lelaki Mengaku Salah Atas 141 Pertuduhan Rogol Kanak-kanak

27-6-2022 11:12 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1308| Komen: 8

Lelaki di Canberra, Australia yang kononnya mempunyai lima tahun pengalaman mengasuh mengaku bersalah atas pertuduhan merogol seorang bayi selain mencabul 12 kanak-kanak lain.


The Sun melaporkan, Jareth Thomas Harries-Markham, 24, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Perth pada Selasa lalu dengan 221 pertuduhan berkaitan jenayah seks terhadap kanak-kanak antara Julai 2020 hingga Ogos tahun lalu.


Kredit foto: The Sun/FB

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu juga didakwa merakam bahan jelik dan berkelakuan tidak senonoh terhadap kanak-kanak.

Tertuduh mengaku bersalah atas 141 pertuduhan termasuk merogol kanak-kanak di bawah umur 13 tahun manakala pertuduhan selebihnya digugurkan.


Hukuman terhadap Jareth akan diputuskan Mahkamah Agung Australia Barat pada 27 September ini.

Dalam keterangan di mahkamah, Jareth didapati mengiklankan perkhidmatan penjagaan bayi di dua laman web dengan mengakui bahawa dia ‘membantu membesarkan anak-anak untuk menjadi insan yang sebaiknya’.

Tertuduh yang mendapat kepercayaan sebilangan ibu bapa untuk menjaga anak-anak mereka, kemudian meneruskan jenayah tersebut di serata Perth dan barat laut Australia Barat.

Jareth menawarkan perkhidmatannya pada harga AS$20 (RM88.13) hingga AS$25 (RM110.16) sejam dengan dakwaan mempunyai lebih lima tahun pengalaman mengasuh kanak-kanak.

Jareth ditahan di rumahnya di Bennett Springs dalam satu serbuan pada 22 Ogos tahun yang membawa penemuan bahan-bahan eksploitasi kanak-kanak.


Sumber: OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 27-6-2022 04:48 PM
Eeee jijik
Quote Decaffeinated 27-6-2022 09:56 PM
TT sila check antara Perth dengan Canberra tu berapa jauh ya.

Quote dua_chzy 27-6-2022 10:00 PM
Muka ada bad vibe sebegini pun korang percaya. Sama macam si Richard Huckle ka apa namanya tu. Bercakap dengan orang pun body language awkward ja (tengok video di Youtube), still dapat kepercayaan  kerja dengan budak2.
Quote Shazid 28-6-2022 07:10 AM
Binatang!!!! hukum sula je terus ni
Quote mdhelmi 28-6-2022 09:41 AM
sebab baru tengok cerita the batman
tengok muka laki ni teringat the riddler


the batman tak best
Quote Sazreena 1-8-2022 09:09 AM
Mati la ko dalam azab yg pedih.
Quote kepompong 1-8-2022 09:19 AM
pertuduhan selebihnya digugurkan . Means ada byk lagu tuduhan lain yg tak dpt dibuktikan kat mahkamah?
Quote kepompong 1-8-2022 09:20 AM
ehhh ini lah namanya harapkan pegar, pegar makan padi. proverb omputih apa ye

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.044932 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top