Sharifah Amani pada Ahad berkongsi khabar gembira apabila dia selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya.
Meskipun tidak mendedahkan identiti jejaka yang berjaya menambat hatinya, Amani bagaimanapun berkongsi gambar cincin pertunangan dengan menutup sebahagian wajah lelaki tersebut. Perkongsian itu turut dibanjiri dengan ucapan tahniah peminat termasuk rakan selebriti yang teruja dengan berita tersebut. Antara yang menarik perhatian adalah komen penyanyi Naim Daniel yang menawarkan diri untuk menyanyi ketika perkahwinan Amani dan lelaki yang digelar Encik Laju.
"Nak nyanyi nanti untuk awak dan Encik Laju," tulis Naim ringkas. Wah, nampaknya, Daiyan Trisya pun teringin mahu berduet dengan Naim di majlis itu nanti. Amani atau Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 36, sebelum ini tidak pernah berkongsi perihal tentang hubungan cintanya secara terbuka. Pelakon filem Sepet ini sebaliknya lebih selesa mengunci mulut apabila diajukan soalan berkaitan peribadinya. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT