CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Zakar Terpaksa Dibelah Dua Sebab Sakit Macam Kena Renjatan Elektrik!

27-6-2022 10:19 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1101| Komen: 2

Angkara memasukkan rantai manik logam, lelaki dari Taiwan berdepan detik mengerikan apabila zakarnya terpaksa dibelah pada bahagian tengah bagi mengeluarkan objek yang tersangkut itu.


Daily Star, kelmarin melaporkan, doktor terpaksa berbuat demikian selepas mangsa pergi ke hospital dan mengadu sakit seperti terkena renjatan elektrik dalam kemaluannya.


Kredit foto: Viral Press

Doktor di Hospital Shuang-Ho Universiti Perubatan Taipei mendapati pesakit sebenarnya cuba melakukan aktiviti seksual dengan memasukkan rantai logam secara berbahaya ke dalam uretra.

Namun, dia kemudian tertidur sebelum bangun dalam keadaan kesakitan yang perit.


Manik rantai itu didapati telah ‘tertanam’ di dalam zakarnya dan dia tidak dapat mengeluarkannya kerana takut mencederakan diri sendiri, selain tidak boleh membuang air kecil.

Pakar urologi, Gao Weichang berkata, pesakit mengalami ‘ketidakselesaan yang teruk’ dan manik-manik tersebut menjejaskan saraf sensitif, sekali gus menyebabkan rasa sakit melampau.

Akibatnya, pakar bedah terpaksa membelah zakar lelaki berkenaan untuk mengeluarkan rantai tersebut sebelum membina semula uretranya dalam prosedur yang sukar, namun berjaya.-


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 27-6-2022 04:54 PM
Padan muka
Quote Shazid 28-6-2022 07:25 AM
Rasakan...mcm mn lah lubang kecik tu ko boleh masukan manik....x bleh barian lah

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.037266 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top