Sejak semalam, tular resit pembelian di Facebook memaparkan harga upah potong ayam di sebuah kedai. Nampaknya, ini adalah satu taktik peniaga yang tidak masuk akal untuk menaikkan harga ayam. Berdasarkan resit itu, pelanggan berkenaan membeli seekor ayam seberat 4.06 kilogram (kg) dengan harga RM36.18.
Lebih mengejutkan, kedai itu mengenakan caj RM1 sekilogram menjadikan upah memotong sebanyak RM4.06 untuk ayam dibelinya. Difahamkan, kejadian berlaku pada Khamis lalu di sebuah kedai di Sungai Besar, Selangor. Gambar yang dikongsi menerusi Facebook Viral Media Johor pada Ahad itu dibanjiri dengan komen yang rata-ratanya terkejut dengan caj berkenaan. Pun begitu, ada juga setuju dengan jumlah caj potong ayam dikenakan. Apa tindakan pihak berkuasa? Nak tunggu ada upah turun ayam dari lori dulu ke? - CARI
|
carly_lah replied at 27-6-2022 09:33 AM
beli ayam kt tesco pun dh x ada servis potong ayam, mujurlah pandai potong ayam kat rumah....
AbukRokok replied at 27-6-2022 11:10 AM
xkan habis
bila org ramai mula buat keputusan potong sdri kt rumah
ADVERTISEMENT