CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Duda Maut Jatuh Bangunan Ketika Gelabah Lari Lepas Kantoi Khalwat Dengan Isteri Orang

27-6-2022 08:50 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 116513| Komen: 1691

Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah pangsapuri di Bemban.

Utusan Online melaporkan, kejadian berlaku ketika lelaki yang juga seorang duda itu melarikan diri selepas dicekup berkhalwat bersama isteri orang, semalam.


Dalam kejadian 11.47 pagi itu, mangsa berusia 46 tahun cedera parah di kepala dan maut di tempat kejadian.


Kredit foto: Utusan

Menurut saksi iaitu kekasih si mati berusia 37 tahun, mangsa ke rumahnya jam 12 tengah malam kelmarin selepas suaminya keluar.

Dia juga dikatakan bermalam di situ bersama tiga anak wanita berkenaan.

Bagaimanapun, pasangan itu terkejut apabila suami wanita terbabit tiba-tiba pulang ke rumah pada pukul 10.30 pagi semalam, lalu menyedari kehadiran lelaki lain.

“Suami saksi mengunci pintu gril hadapan rumah menyebabkan pasangan itu terperangkap dan dia menghubungi pihak polis.

“Saksi meminta si mati berunding dengan suaminya, namun, lelaki itu nekad melarikan diri dengan mengikat seutas dawai ampaian di besi palang pada bahagian koridor untuk berpaut turun,” kata Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Mispani Hamdan.

Saksi yang ketika itu berada di ruang tamu hanya melihat si mati dari jauh sebelum terdengar bunyi dentuman di luar koridor. 

“Saksi melihat ke bawah dan mendapati lelaki tersebut telah tertiarap di atas tanah dan tidak bergerak.

“Pemeriksaan fizikal ke atas mayat si mati mendapati terdapat kesan tanah dan darah di bahagian muka dipercayai dia jatuh dalam keadaan terhempap, lengan kiri mangsa juga patah,” katanya. 

Difahamkan, pasangan itu berkenalan pada 2005, namun berpisah dan masing-masing mendirikan rumah tangga. 

Bagaimanapun, mangsa bercerai dengan isterinya pada 2017 sebelum dia mencari saksi untuk menjalinkan semula hubungan dengan isteri orang itu tanpa pengetahuan suaminya. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 26-6-2022 10:49 PM
Fuhhhh cash and carry ke
Quote meteorspeed 26-6-2022 10:51 PM
Edited by meteorspeed at 27-6-2022 09:56 AM

Delete.........
Quote sukacactus 26-6-2022 10:53 PM
Sama2 gatal!
Quote sharlenetexas 26-6-2022 10:53 PM
Birahnya sis. Bf mati katak. Entah2 lepas ni kena cerai. Kesian kat anak2 dan suami.


Quote JunkMail 26-6-2022 10:53 PM
Aku tergelak sikit baca berita ni kemain detail lagi kisah skandal diorang. Adoiii... Cash tanpa diskaun langsung.
Quote Nnoor2 26-6-2022 10:54 PM
renko replied at 26-6-2022 10:49 PM
Fuhhhh cash and carry ke

Urut dada tmb kelantan....
Quote tumpanglalu74 26-6-2022 10:54 PM
download (3).png
Quote dua_chzy 26-6-2022 10:55 PM
Selayaknya. Mudah2an end up di nuraka.
Quote AbukRokok 26-6-2022 10:58 PM
emm klu xmelaka kelantang/ tenganu
mmg bangsa makan udang cincang kuat skes ke ?
Quote kemaruk 26-6-2022 10:59 PM
konfem jiran2 yang bagitau suami dia

agak2 la bawak selingkuhan ke rumah flat, dah tentulah ramai acik bawang yang ramai memerhati
Quote anakmak 26-6-2022 11:01 PM
Kenapa x hadap mcm lelaki
Berani buat berani tanggung
Quote albedah 26-6-2022 11:17 PM
Pemberita mana buat citer ni?
Quote Decaffeinated 26-6-2022 11:21 PM
tak check kesan koyakan ka? baru ka lama.

Quote shalalat 26-6-2022 11:25 PM
Nasib jasin. Mb kelantan boleh tarik nafas sekejap
Quote Suchi 26-6-2022 11:31 PM
Detail betul cerita nih cara ayat wartawan dh mcm baca kat status fb plak.
Kenapa la dia pi terjun byk sgt tgk pilem la nih, dah kantoi takut plak nk berdepan.
Kalau betul lelaki sejati ko mesti awal2 lepas bercerai dulu pi jumpa suami kekasih ko dan bitau ko nak bini orang tu.
Quote MarryPottet 26-6-2022 11:35 PM
Sebelum ni yg viral kes2 isteri orang mencurang banyak kejadian kat melaka jugak kan
Quote airfilterkotor 26-6-2022 11:38 PM
Dengan seutas dawai ampaian?
Betul-betul terdesak ni.
Quote MarryPottet 26-6-2022 11:39 PM
shalalat replied at 26-6-2022 11:25 PM
Nasib jasin. Mb kelantan boleh tarik nafas sekejap

Ummah serambi jenayah ramai bertebaran di negeri2 lain seantero msia sebab kegagalan kerajaan lobai tarik pelabur untuk sediakan peluang pekerjaan kepada rakyatnya
#justsayin'
Quote mojarean_X 26-6-2022 11:41 PM
Innalillah...tragisnya..

Lihat semua komen(1691)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.126753 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top