Siapa sangka, pelakon yang sedang meningkat naik, Hun Haqeem rupa-rupanya meminati bidang nyanyian sejak kecil lagi.
Walaupun cenderung ke bidang lakonan, aktor itu bagaimanapun tidak pernah memadamkan hasratnya untuk tampil dengan single nyanyiannya sendiri.
Memetik laporan Media Hiburan, pemilik nama sebenar Haqeem Hermy itu turut mendedahkan dia berkemungkinan bakal tampil dengan single pertama bergandingan bersama kakaknya, Nureem Qistina yang juga gitaris baharu kumpulan Xpose Band.
Hun dan kakaknya, Nureem.
"Kalau tiada aral melintang, Insya-Allah lagu saya itu akan siap tahun hadapan. Senang kata, saya dah ada demo.
"Untuk keluarkan lagu bersama kakak, itu bergantung kepada keadaan. Sama ada kolaborasi kami dahulu atau lagu solo saya. Saya sendiri tak sangka kakak saya boleh menyanyi, katanya.
Pelakon drama Sihir itu bagaimanapun terlebih dahulu ingin fokus pada bidang lakonan bagi membentuk kredibilitnya sebagai pelakon sebelum cuba menceburi cabang seni suara.
Menyedari bahawa keputusan untuk mempunyai lagu sendiri itu akan membuka ruang lebih luas buat netizen untuk mengkritik, aktor tersebut berkata, dia terbuka dengan apa jua teguran yang diberikan.
"Setakat ini, menyanyi akan hanya menjadi hobi tapi kalau karya itu diterima mungkin kita boleh buat secara kerap. Menyaniyi ini merupakan hobi saya.
"Kalau karya sedap, alhamdulillah. Kalau sebaliknya, kita akan belajar dari situ," katanya. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My