CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Duit Kena Kebas Dan Dimaki Hamun, Bekas PA Dedah Perangai Sebenar Mak Wan Latah

27-6-2022 09:27 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6204| Komen: 27|Original author: Tatod


Seorang wanita dikenali sebagai Amell yang juga bekas pengurus peribadi pelakon veteran, Mak Wan Latah tampil berkongsi beberapa video menunjukkan sisi lain aktres berkenaan yang didakwanya panas baran.

Memetik laporan mStar, Amell yang sebelum ini mempertahankan Mak Wan daripada tohmahan susulan kes perceraiannya April lalu bagaimanapun bertindak membongkar sikap sebenar aktres tersebut.

Salah satu daripada video yang dimuat naik oleh Amell memaparkan seorang wanita mirip Mak Wan kelihatan seperti sedang bertengkar dengan seorang lelaki tua dipercayai bekas suaminya. 


Menerusi video tersebut, jelas kedengaran suara tangisan lelaki sambil merayu, namun tidak diendahkannya.

Sumber mStar

Amell ketika dihubungi mStar menjelaskan dia sudah lama menyimpan rahsia mengenai pelakon itu tetapi memilih untuk mendiamkan diri kerana selama ini menganggap Mak Wan atau nama sebenarnya Halimaton Saadiah Mohd Daud, 61, seperti ibunya sendiri.

Bagaimanapun, Amell yang turut menjadi mangsa perbuatan pelakon tersebut akhirnya membuat keputusan untuk bersuara.

"Tujuan saya dedahkan video tersebut kerana tidak mahu orang lain turut terkena sama seperti saya. Selama ini, saya banyak simpan rahsia dia walaupun pernah dimaki hamun ketika berada di lokasi penggambaran.

"Saya anggap dia seperti ibu sendiri dan menjaga dia kerana sebelum ini dia katakan dibuang keluarga sendiri. Lebih mengecewakan, baru-baru ini ketiuka berjumpa dengan ibu kandung saya, Mak Wan buat cerita saya ambil duitnya sebanyak RM20,000," katanya.


Menafikan dakwaan tersebut, Amell mendakwa dia mempunyai bukti pelakon itu yang mengambil wangnya.

Amell juga berkata, dia mempunyai bukti atas semua dakwaannya terhadap Mak Wan.

Bagi mendapatkan pembelaan, Amell membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Balai Polis Teluk Intan pada malam Sabtu lalu berkenaan kes pelakon itu yang mengambil wangnya.

Dia juga bakal membuat satu lagi laporan polis di Ampang dalam masa terdekat berhubung kehilangan barang kemasnya. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DayangKirana 27-6-2022 09:44 AM
lalu lalang kat TT last week.
kira terjawab la sudah kenapa masjid yang terbina kejap je bertahan..
Quote Burong_Hantuk 27-6-2022 09:45 AM
DAh ADa yang bukak thread
Quote eslimau 27-6-2022 09:56 AM
MW ni takde anak ke? Sorry sis ketinggalan
Quote KamikuP 27-6-2022 10:32 AM
Kalau betul apa yg dispeku patut ler mak wan ni dibuang keluarga
Quote babelina 27-6-2022 10:38 AM
hrtu tgk citer LANGIT kt tb3.. watak MW jahat la.. buat fitnah.. batu api.. eeeeiiiii.. geram jer aku tgk.. herot2 mulut dia ngata org.. dlm citer tu la..
Quote doubleharmonic 27-6-2022 10:45 AM
apa babi sangat ko ni bagi minum air kencing kat orang?
Quote doubleharmonic 27-6-2022 10:47 AM
apa benda yang nenek puaka tu seru mintak datang tu? dengar macam lahempo? lagembo? tekgembo2?
Quote miemiecha 27-6-2022 10:59 AM
AYAT BIASA : buka upload sbb x nk orang lain plak terkena.. haree
Quote suterabiru123 27-6-2022 10:59 AM
Nk video tendang pintu
Quote chinta89 27-6-2022 12:02 PM
KAT IG RATA2 mtk jgn buka aib mak wan...

entah la ramai plk bekap makwan ni, sb ramai suka dia kot even dah pjg lebar artikel ni tulis tp u lah kat ig diorag bca tajuk pahtu terus sokong mak wan, x bc or x klik pun ig story artikel kenapa amell ni bongkar semua ni.
Quote winky1 27-6-2022 12:05 PM
chinta89 replied at 27-6-2022 12:02 PM
KAT IG RATA2 mtk jgn buka aib mak wan...

entah la ramai plk bekap makwan ni, sb ramai suka dia kot  ...

Sebab according to Mel, MW told Mel s mum that Mel took MW s money
Quote chinta89 27-6-2022 03:30 PM
winky1 replied at 27-6-2022 12:05 PM
Sebab according to Mel, MW told Mel s mum that Mel took MW s money

Ye sy baca part tu cuma x paham kenapa pakat bekap MW dan salahkan mel plk mcm mel plk saje bukak aib. sedangkan mel x nak nama dia tercemar skli bila MW tuduh dia ambik duit bagai.
kat IG mcm diorang baca tajuk, terus sokong MW ckp jgn buka aib. pdhal bukan pa dia saje2 nk bukak aib tp dia sendiri yg terniaya.
Quote Sheila1987 27-6-2022 06:13 PM
chinta89 replied at 27-6-2022 03:30 PM
Ye sy baca part tu cuma x paham kenapa pakat bekap MW dan salahkan mel plk mcm mel plk saje bukak  ...

Ada plot twist tu tgk fb juliana ismail kakjue
Quote hungryhenry 27-6-2022 06:20 PM
Sheila1987 replied at 27-6-2022 06:13 PM
Ada plot twist tu tgk fb juliana ismail kakjue

Sikirinshot la sini dah alang2 bwk gosip ke sini
Quote QueenIsolde 27-6-2022 07:58 PM
Sheila1987 replied at 27-6-2022 06:13 PM
Ada plot twist tu tgk fb juliana ismail kakjue

Pendek kata, buku bertemu ruas la ni agaknya.
Quote Sheila1987 27-6-2022 08:57 PM
QueenIsolde replied at 27-6-2022 07:58 PM
Pendek kata, buku bertemu ruas la ni agaknya.

Ya. Yg dedah ni pon sebab geram bekas pa tu aibkan makwan sedangkan dia lagi teruk.

Dah masuk krt dah
https://www.facebook.com/174129193309758/posts/pfbid0FeJCJ5g1Hb9MQQdtVAJqF1hQSNyad5KmFLmuiC51L956kWH4Lzn7m578WP5Zr6L3l/
Quote Sheila1987 27-6-2022 08:58 PM
hungryhenry replied at 27-6-2022 06:20 PM
Sikirinshot la sini dah alang2 bwk gosip ke sini

Malas. Boleh baca sendiri. Link dah bg.
Quote Sheila1987 29-6-2022 06:05 PM
Folow FB ACIK MIRA plak. Katanya ramai mangsa Mell ni.
Quote Sheila1987 29-6-2022 09:42 PM
https://www.kosmo.com.my/2022/06/29/difitnah-dipukul-diugut-bunuh-mak-wan-latah-lapor-polis/

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.052880 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top